Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen

Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen
link : Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen

Baca juga


Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen



Asas perbahasan mengenai kontraversi pindaan Akta 164 perlu dihadapi dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap perkara yang lebih besar berpandukan kepada prinsip Maqasid Syariah berbanding sentimen dan perasaan, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.
Beliau berkata, prinsip Maqasid Syariah yang menentukan apa sahaja keputusan yang dibuat dalam memahami akta ini.
"Tuduhan liar kononnya akta ini menggadaikan Islam dan segala teori konspirasi di sebaliknya adalah tidak berasas malah boleh dianggap keluar dari konteks sebenarnya mengapa akta ini dipinda.
Dr Mujahid Yusof Rawa "Status agama anak dalam pindaan akta 164 bukan soal menggadaikan aqidah ataupun menidakkan kepentingan Islam tetapi ia mesti diletakkan atas piawaian tujuan utama Syariat Islam didatangkan iaitu menjaga 'Agama'. Yang dimaksudkan menjaga 'Agama' ialah memelihara Keadilan, Kerahmatan dan Karamatul Insan.
"Pihak yang menuduh hanya ahli parlimen partinya sahaja yang membela Islam dengan menolak pindaan 164 ini, sekali lagi 'mensucikan' diri mereka dan telah buta hakikat bahawa yang menjadi perbahasan kami di Parlimen ialah memastikan nama baik Islam tidak dicemari dengan sentimen dan emosi pemikiran sempit yang hanya melihat satu


Demikianlah Artikel Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen

Sekianlah artikel Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pindaan Akta 164 panduan Maqasid Syariah bukan sentimen dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/pindaan-akta-164-panduan-maqasid.html
sisi," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai Dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor bahawa pindaan Akta 164 menyebabkan satu demi satu hak umat Islam terlucut dan kelulusan pindaan akta tersebut bererti kekalahan besar terhadap kepentingan Islam dan kemenangan moral buat pembenci Islam di negara ini.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menerangkan, ulama muktabar berbeza dalam memahami masalah status agama anak. Mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali menetapkan status anak berpandukan keIslaman mana-mana pasangan. Pandangan Malik berbeza dengan menyatakan status agama anak berpandukan nasab (jalur keturunan) maka ia mengikut agama bapa. Imam Al Thawri berpandangan status agama adalah atas pilihan anak terhadap agama ibu atau bapanya setelah akil baligh.
"Walaupun seksyen 88 tentang status agama anak bawah umur ditarik balik pindaannya pada saat-saat akhir, akta ini masih tetap 'separuh masak' kerana tidak menggarap persoalan yang telah menimbulkan berbagai konflik perundangan yang telah memangsakan kebajikan kanak-kanak yang terpaksa membesar dengan penuh tekanan emosi.
"Penulisan seorang AJK Pas Pusat yang bukan ahli parlimen pun menuduh bukan-bukan telah memainkan sentimen agama yang cukup berbahaya dan gagal melihat tugas dan fungsi ahli legaslatif memelihara artikel 8 Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :