Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR

Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR
link : Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR

Baca juga


Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR



Demikianlah Artikel Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR

Sekianlah artikel Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pindahkan 7,000 pengundi luar: Jamal sedia hadapi tindakan SPR dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/pindahkan-7000-pengundi-luar-jamal.html
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu mahu tindakan sama diambil terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang memindahkan pengundi Cina ke kawasan Parlimen Gelang Patah pada PRU13.
jamal-spr
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos sedia berdepan tindakan undang-undang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahannya membawa masuk 7,000 pengundi luar ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan yang dimenangi DAP.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu bagaimanapun berkata, selain beliau, SPR juga perlu mengambil tindakan sama terhadap pemimpin pembangkang.
“Kalau mereka nak siasat atau ambil tindakan terhadap saya, siasat sekali Lim Kit Siang yang memindahkan beribu-ribu pengundi di Gelang Patah. Pengundi Cina dipindahkan ke kawasan sasaran mereka untuk memenangi kerusi Parlimen itu.
“Apa yang saya katakan ini berlaku dalam pilihan raya lepas,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersekongkol untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Kenyataan Jamal itu sebagai tindak balas terhadap gesaan Bersih 2.0 yang menggesa SPR memastikan tiada manipulasi dan penipuan dalam daftar pemilih, susulan laporan media kononnya Jamal mengaku membawa masuk 7,000 pengundi luar ke DUN Sekinchan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Jamal ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Subang di sebuah sekolah di Sungai Buloh pada Ahad lepas dilaporkan mengakui bertemu dengan semua pengundi luar itu dan meminta mereka menandatangani perjanjian mengundi yang dijangka berlangsung lebih kurang 2 bulan lagi.
Mengulas lanjut, Jamal berkata, segala tindakannya berdasarkan peruntukan undang-undang.
“Bagi saya sesiapa yang melanggar undang-undang boleh diambil tindakan, saya tidak ada masalah sebab apa yang kami lakukan mengikut prosedur undang-undang,” katanya.
Bersih 2.0 membangkitkan Perkara 119(1)(b) Perlembagaan Persekutuan di mana pemilih hanya boleh mengundi di kawasan kediaman mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: