SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN

SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN
link : SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN

Baca juga


SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN

Kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam petang tadi, walaupun tidak dihadiri oleh Najib Razak, ia adalah manifestasi ketakutan UMNO dan BN terhadap kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam konteks tersebut, ancaman terbesar yang paling ditakuti sudah tentu ialah Tun Mahathir Mohamad. 

Tun Mahathir, dengan aura dan pengaruhnya yang tersendiri bukan saja ditakuti kerana kemampuannya menarik sokongan rakyat, tetapi juga keupayaannya menukar musuhnya selama ini seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan lain-lain menjadi sahabat untuk sama-sama sehati sejiwa menyingkirkan Najib.
Ketidakhadiran Najib dalam Nothing To Hide 2.0 memang sudah dijangka daripada awal, malah ketika Armada Bersatu mahu menghantar jemputan kepada beliau pun telah dihalang sehingga  berlaku pertembungan dan kekecohan kecil dengan Pemuda UMNO.

Maka, berlakunya kekecohan di Shah Alam petang tadi, apa pun hujah untuk menafikannya, sukar untuk menyisihkan daripada dikaitkan dengan kekecohan ketika menghantar jemputan kepada Najib, kira-kira dua minggu yang lalu.

Setelah menghantar jemputan pun dihalang dengan kekerasan


Demikianlah Artikel SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN

Sekianlah artikel SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SELEPAS INI KESELAMATAN TUN MAHATHIR HARUS JADI KEUTAMAAN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/selepas-ini-keselamatan-tun-mahathir.html
dan meski tanpa kehadiran Najib, kemudian Armada Bersatu tetap ingin meneruskan program Nothing To Hide 2.0 itu dengan Tun Mahathir bersedia menjawab apa saja soalan yang ditanyakan kepadanya, menimbulkan kekecohan adalah pilihan terakhir untuk menggagalkan program tersebut.
Jika program itu berjalan dengan lancar dan sudah tentu, seperti biasa, apabila Tun Mahathir mampu menjawab dengan penjelasan yang baik dan meyakinkan, kelebihan akan berpihak kepada Pakatan Harapan sama ada oleh kalangan mereka yang menghadiri program tersebut ataupun yang menontonnya secara live melalui Facebook.

Dengan mencetuskan kekecohan, semua jawapan dan penjelasan Tun Mahathir akan terpadam dengan sendirinya kerana semua orang akan lebih ghairah bercakap mengenai apa yang berlaku itu.

Kemungkinan kekecohan berlaku sebenarnya dapat dirasai apabila muncul beberapa soalan provokasi yang dikemukakan kepada Tun Mahathir, antaranya berkaitan penyingkiran Anwar pada 1998, mengungkit peristiwa Memali dengan mempersoalkan mengapa Ibrahim Liba dibunuh, bolehkah Anwar yang dikaitkan dengan kesalahan liwat menjadi Perdana Menteri, kenapa seorang Ahli MPT Bersatu, Zahid Md Arip yang disiasat SPRM baru-baru ini masih dikekalkan dan benarkah penentangan Tun Mahathir terhadap UMNO adalah demi cita-cita politik anaknya, Mukhiz.
Soalan-soalan tersebut jelas berbentuk provokatif dan tidak mungkin mereka yang menganggotai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan atau penyokongnya akan bertanyakan soalan sedemikian kepada Tun Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :