Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujah - Hallo sahabat
Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel artis,
Artikel Berita,
Artikel gatget,
Artikel Police,
Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujahlink :
Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujah
Baca juga
Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujah
Demikianlah Artikel Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujah
Sekianlah artikel Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Skandal 1MDB: Apandi patut ke AS kemuka hujah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/skandal-1mdb-apandi-patut-ke-as-kemuka.html
-
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sepatutnya pergi ke AS untuk mengemukakan penghujahan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) berkaitan 1MDB, kata Lim Kit Siang.
Lim membuat kenyataan itu sehari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan
kerajaan tidak bercadang - buat masa ini - menghantar pasukan peguam ke AS untuk bertindak sebagai pemerhati dalam prosiding DOJ.
"Apandi patut membuat kunjungan khas ke AS bagi mengemukakan penghujahan kepada mahkamah negara itu menyatakan bahawa pelakon Leonardo DiCaprio dan supermodel Australia Miranda Kerr melakukan kesalahan dan mengelirukan kerana menyerahkan hadiah berjuta-juta dolar daripada (hartawan kontroversial) Jho Low kepada DOJ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut veteran DAP itu, kerajaan sangat tidak bertanggungjawab serta cuai secara profesional di pihak peguam negara jika tidak menghantar wakil dalam saman sivil DOJ berkenaan.
Pada 16 Jun lalu DOJ memfailkan saman ketiga bagi membolehkan mereka merampas pelbagai aset dikaitkan dengan salah guna dana 1MDB.
Aset yang ingin dirampas itu dianggarkan bernilai AS$4.5 bilion (RM19.3 bilion).
Ekoran saman itu DiCaprio dilaporkan menyerahkan semula piala Oscar pernah dimenangi aktor Marlon Brando kepada penyiasat AS. Trofi itu didakwa dihadiahkan kepadanya oleh Jho Low.
Pelakon terbabit juga mengembalikan beberapa hadiah lain yang didakwanya diterima sebagai cenderamata untuk satu majlis lelongan amal.
Tidak lama kemudian Miranda juga dilaporkan mengembalikan barang kemas dihadiahkan kepadanya - bernilai AS$8.1 juta (RM34.6 juta) kepada DOJ.