Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB

Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB
link : Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB

Baca juga


Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB

WSJ memperincikan kandungan sesetengah e-mel yang nampaknya dari seorang pegawai tertinggi UAE dan rakan kongsi niaganya menunjukkan hubungan mereka dengan Jho Low dan urusan 1MDB.
wsj-jho-low-1mdb-1Pendedahan baru dibuat Wall Street Journal (WSJ) yang nampaknya terus mengaitkan pembiaya Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low dalam isu 1MDB.
WSJ berkata, e-mel dicuri yang baru dikeluarkan menunjukkan hubungan lama Jho Low dengan Yousef Al Otaiba, duta besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat.
Laporan itu mendakwa e-mel terbabit menunjukkan Otaiba dan rakan kongsi Jordannya, Shaher Awartani membincangkan pertanyaan yang mereka terima daripada pihak berkuasa AS, Switzerland dan Singapura mengenai transaksi didakwa diterima mereka daripada entiti berkaitan Jho Low.
Laporan WSJ memetik individu yang tahu mengenai siasatan 1MDB di Switzerland, Singapura dan AS berkata, pegawai sedang meneliti butiran pemindahan kepada syarikat dikuasai Otaiba dan Awartani, serta jika mereka membeli aset dengan dana didakwa berasal daripada 1MDB.
Jho Low dinamakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berada di tengah-tengah dakwaan


Demikianlah Artikel Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB

Sekianlah artikel Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal 1MDB: E-mel dicuri kaitkan Jho Low dengan 1MDB dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/skandal-1mdb-e-mel-dicuri-kaitkan-jho.html
penyelewengan AS$4.5 bilion dari 1MDB. Bagaimanapun, 1MDB sendiri menafikan dananya hilang.
WSJ berkata, Otaiba dan Awartani enggan mengulas. Menurutnya, Kedutaan UAE di Washington juga enggan mengulas e-mel yang dicuri dari Otaiba, sebaliknya hanya berkata mereka sebahagian daripada kempen politik lawan untuk memburuk-burukkannya. Kedutaan itu menyatakan Otaiba mempunyai kepentingan perniagaan peribadi di luar peranan diplomatiknya.
WSJ berkata, 1MDB juga tidak mahu mengulas. 1MDB secara konsisten menafikan sebarang salah laku. Jho Low turut menafikan sebarang salah laku dan jurucakapnya berkata, e-mel yang bocor itu memberi “gambaran berat sebelah dan tidak tepat”.
E-mel itu dikatakan ditunjukkan kepada WSJ oleh sebuah organisasi bernama Global Leaks yang enggan memberitahu cara mereka mendapatkan e-mel itu. Bagaimanapun, mereka berikrar mahu mendedahkan rasuah dan penipuan kewangan oleh kerajaan kaya.
WSJ sebelum ini melaporkan syarikat berkaitan Otaiba didakwa menerima AS$66 juta dari entiti yang menurut penyiasat, bertindak sebagai saluran untuk wang yang dikatakan dicuri dari 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :