Judul : SURAT TERBUKA BUAT NAJIB - DATUK SERI, DENGARLAH DULU RAKAMAN PERBUALAN ZAHID HAMIDI DENGAN TUN MAHATHIR
link : SURAT TERBUKA BUAT NAJIB - DATUK SERI, DENGARLAH DULU RAKAMAN PERBUALAN ZAHID HAMIDI DENGAN TUN MAHATHIR
SURAT TERBUKA BUAT NAJIB - DATUK SERI, DENGARLAH DULU RAKAMAN PERBUALAN ZAHID HAMIDI DENGAN TUN MAHATHIR
Shahbudin Husin
Kali ini saya tergerak hati untuk menulis sepucuk surat terbuka buat YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, saya akan cuba "tag" surat terbuka ini di Facebook dan "mention" di Twitter Datuk Seri agar Datuk Seri dapat membacanya dengan lebih cepat atau jika kebetulan sedang bermain-main dengan gajet telefon pintar dalam genggaman ketika ini.
Datuk Seri,
Saya tertarik dengan pernyataan keyakinan Datuk Seri mengenai kesetiaan Ahmad Zahid Hamidi dan nampaknya sama-sekali tidak meragui taat setianya beliau kepada Datuk Seri.
Datuk Seri berhujah bahawa penahanan Zahid Hamidi di bawah ISA oleh Tun Mahathir Mohamad, kedudukannya sebagai rakan lama dan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri serta Datuk Seri sendiri pernah membantunya dengan "ucapan berapi-api" dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bagan Datuk suatu ketika dahulu sehingga Zahid Hamidi akhirnya menang dengan kelebihan 11 undi, adalah sandaran keyakinan Datuk Seri terhadap kesetiaan Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, Datuk Seri dilaporkan berkata, adalah mustahil Ahmad Zahid sanggup meminta pertolongan daripada Tun Mahathir untuk mengambil alih tempat Datuk Seri sebagai Perdana Menteri.
Dalam hal ini, saya agak tertarik kenapakah Datuk Seri cuba mengungkit kembali pertolongan kepada Zahid Hamidi yang saya difahamkan berlaku pada tahun tahun 1989 dahulu? Apakah
Demikianlah Artikel SURAT TERBUKA BUAT NAJIB - DATUK SERI, DENGARLAH DULU RAKAMAN PERBUALAN ZAHID HAMIDI DENGAN TUN MAHATHIR
Sekianlah artikel SURAT TERBUKA BUAT NAJIB - DATUK SERI, DENGARLAH DULU RAKAMAN PERBUALAN ZAHID HAMIDI DENGAN TUN MAHATHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SURAT TERBUKA BUAT NAJIB - DATUK SERI, DENGARLAH DULU RAKAMAN PERBUALAN ZAHID HAMIDI DENGAN TUN MAHATHIR dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/08/surat-terbuka-buat-najib-datuk-seri.html
misteri di sebaliknya?
Datuk Seri,
Semua orang faham bahawa Datuk Seri berbuat demikian adalah untuk meredakan keresahan ahli-ahli UMNO sendiri tentang hubungan Datuk Seri dengan Zahid Hamidi, apatah lagi PRU 14 bakal menjelang tidak lama lagi.
Tetapi Datuk Seri, saya hanya mahu memberi logika mudah dalam perkara ini. Untuk apa sebenarnya Zahid Hamidi datang menemui Tun Mahathir sedangkan beliau tahu ketika itu Tun Mahathir sedang berusaha gigih mahu menjatuhkan Datuk Seri?
Walaupun Zahid Hamidi mengatakan Datuk Seri memberi keizinan kepadanya untuk bertemu Tun Mahathir, hakikatnya Zahid Hamidi tidak patut sama-sekali ada hasrat untuk bertemu dengan Tun Mahathir pada waktu itu.
Ketika memberi keizinan itu, tentu Datuk Seri terasa pedih hati atau mungkin hanya memberi izin dalam paksa sahaja.
Sehingga ini pun, Zahid Hamidi tidak menjelaskan apakah tujuan dan maksud sebenarnya beliau bertemu dengan Tun Mahathir ketika itu?
Cuma yang Zahid Hamidi kata, beliau ada rakaman pertemuannya dengan Tun Mahathir itu dan ia masih dalam simpanannya.
Saya percaya, pertemuan itu hanyalah empat mata antara Tun Mahathir dan Zahid Hamidi saja. Sehingga ini hanya Zahid Hamidi yang mengatakan bahawa dalam pertemuan itu, Tun Mahathir mahu menyingkirkan Datuk Seri melalui usul undi tidak percaya di Parlimen dan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.
Pada saya, kata-kata Zahid Hamidi itu tidaklah luar biasa. Semua orang tahu Tun Mahathir sejak Ogos 2014 hinggalah sekarang memang mahu menyingkirkan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>