Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama

Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama
link : Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama

Baca juga


Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama

SESETENGAH ulama Islam didakwa dipengaruhi oleh 'pemikiran celaka' apabila mereka tidak memerangi rasuah dan penyelewengan sedangkan ia ditolak oleh Islam dengan jelas, kata presiden Amanah, Mohamad Sabu.
"Saya tak faham kenapa golongan agama yang faham dan kenal Umno dan BN menyokong BN. Ini pemikiran celaka yang masuk dalam pemikiran sedangkan rasuah dan penyelewengan perkara yang ditolak oleh Islam," katanya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu hairan, kenapa DAP yang menjadi juara melawan rasuah bukannya umat Islam.
"Kenapa DAP yang jadi juara melawan rasuah yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam kerana kita diajar bahawa memberi dan menerima rasuah akan masuk neraka.
"Sepatutnya orang Islam yang jadi juara tetapi kita cari ayat-ayat untuk membolehkannya...ini bukan rasuah ini habuan," kata Mat Sabu ketika merasmikan Konvensyen Amanah Selangor hari ini.
Beliau juga merasa hairan kenapa model Australia, Miranda Kerr, yang lebih berintergriti dalam menentang rasuah berbanding wanita


Demikianlah Artikel Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama

Sekianlah artikel Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkan rasuah ‘pemikiran celaka’ kepada agama dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/benarkan-rasuah-pemikiran-celaka-kepada.html
Islam sendiri.
"Cuba kita lihat seorang model Autsralia. Kadang-kadang dia pakai baju, kadang-kadang tak pakai, banyak hal yang kita tak suka tentang dia tetapi nilai intergritinya, adakah ia boleh berlaku kepada kita.
"Bila dia dapat hadiah permata dari teman lelakinya, Jho Low bernilai AS$9 juta, tentu dia gembira tetapi apabila didapati ia wang curi dari rakyat Malaysia, dia bagi balik hadiah itu," katanya.
Menurut Mat Sabu, inilah perjuangan parti Amanah negara sekarang melalui konsepnya rahmatan lil 'alamin (rahmat untuk semua).
"Islam rahmatan lil 'alamin ini bukan hanya slogan tetapi betul-betul diamalkan. Ia bukan alasan untuk kita buat kesilapan dan akhirna bawa kecelakaan kepada orang Islam," kataya.
Bagi beliau, pembaikan atau pengislahan yang cuba dibuat ini rumit tetapi ia perlukan dilakukan.
"Kita mahu nilai yang ditunjukan oleh Khalifah Islam pertama, Abu Bakar Al-Siddiq perlu dijadikan panduan," katanya memberikan ingatan kepada ahli-ahli Amanah.
Kata Mat Sabu, dalam ucapan pertamanya selepas menjadi khalifah, Abu Bakar berkata, "Sokonglah aku jika aku betul dan jika aku buat silap tegurlah aku."
"Inilah sifat yang kita mahu terap dalam masyarkat supaya tertanam dalam dalam jiwa rakyat. Jika kita perintah nanti dan buat silap, rakyat akan cepat-cepat bangun dan jatuhkan kita semula," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :