Demokrasi subur di Malaysia, sembang Najib di AS

Demokrasi subur di Malaysia, sembang Najib di AS - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Demokrasi subur di Malaysia, sembang Najib di AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Demokrasi subur di Malaysia, sembang Najib di AS
link : Demokrasi subur di Malaysia, sembang Najib di AS

Baca juga


Demokrasi subur di Malaysia, sembang Najib di AS

Demonstrasi besar-besaran dibenarkan, mahasiswa boleh berpolitik dan pilihan raya ditandingi secara sengit, kata PM.
najib-malaysia
WASHINGTON DC: Datuk Seri Najib Razak berkata demokrasi hidup subur di Malaysia dan negara tidak berada dalam bahaya untuk terjerumus ke pemerintahan diktator.
“Itu benar-benar tidak masuk akal,” katanya kepada kumpulan pemikir Amerika yang berpangkalan di sini, merujuk kepada tanggapan disebarkan tentang Malaysia.
Di bawah kepimpinannya, perdana menteri berkata demokrasi terus subur dan malah lebih utuh.
“Namun, adalah benar bahawa seorang pemimpin pembangkang Malaysia telah mengakui yang beliau ialah seorang ‘diktator’ semasa beliau berkuasa. Semasa beliau menjadi perdana menteri, ratusan orang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akhbar termasuk akhbar harian utama, ditutup,” katanya.
Najib, yang dalam rangka lawatan kerja 3 hari di Amerika Syarikat berkata demikian dalam ucaptama pada majlis makan tengah hari dianjurkan Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa AS (CSIS) di sini pada Rabu.
Najib berkata pada era itu, badan kehakiman dikawal, kapitalisme kroni berleluasa, dan urus niaga yang dibuat membebankan rakyat biasa Malaysia sehingga hari ini.
Rakyat tiada hak untuk berdemonstrasi dan penuntut tidak dibenarkan menyertai politik, katanya tentang keadaan pada ketika itu.
“Tetapi demokrasi di Malaysia


Demikianlah Artikel Demokrasi subur di Malaysia, sembang Najib di AS

Sekianlah artikel Demokrasi subur di Malaysia, sembang Najib di AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Demokrasi subur di Malaysia, sembang Najib di AS dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/demokrasi-subur-di-malaysia-sembang.html
terus hidup dan di bawah pentadbiran saya ia diperkukuhkan. Kami memansuhkan ISA dan menamatkan Darurat yang telah wujud lebih 60 tahun,” katanya.
Diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Najib yang berada di sini atas undangan Presiden Donald Trump, mengadakan perbincangan dengan pemimpin Amerika itu di Rumah Putih pada Selasa.
Pada majlis hari ini, Najib berkata sekatan terhadap kebebasan media juga ditarik balik dan mahasiswa kini boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik.
“Demonstrasi besar-besaran yang tidak dibenarkan di bawah bekas pemimpin itu, telah dianjurkan di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun lepas,” katanya kepada audien.
Najib turut menafikan kerajaan memenjarakan pengkritiknya.
Beliau menjelaskan bahawa badan kehakiman Malaysia adalah bebas, dengan menteri dan ketua menteri sama ada daripada pihak kerajaan dan pembangkang telah didakwa di mahkamah.
“Jika seorang ahli politik pembangkang melanggar undang-undang, beliau akan ditahan, ya. Tetapi bukan kerana mengkritik. Tidak, penahanannya kerana melanggar undang-undang – yang sebenarnya adalah norma di kebanyakan negara, dan rakyat Malaysia dan Amerika akan berasa bimbang jika sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata pilihan raya di Malaysia menyaksikan pertandingan sengit, dengan menteri Kabinet dan ahli politik terkemuka pernah kalah dalam pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :