Judul : Irwan Serigar digesa jelaskan penglibatan dalam Uber
link : Irwan Serigar digesa jelaskan penglibatan dalam Uber
Irwan Serigar digesa jelaskan penglibatan dalam Uber
Ia selepas 2 agensi kerajaan dipengerusikan beliau terlibat dalam siasatan pihak berkuasa AS terhadap Uber.
DAP menggesa Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menjelaskan penglibatannya dengan syarikat khidmat pengangkutan Uber susulan penyiasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang turut melibatkan peranan dimainkan 2 agensi kerajaan di bawah pimpinannya.
Bloomberg dan Reuters sebelum ini melaporkan Malaysia antara 5 negara yang menjadi sasaran siasatan DoJ terhadap syarikat pengangkutan Uber berhubung salah laku rasuah.
Di Malaysia, siasatan tertumpu kepada “derma korporat” berpuluh ribu dolar pada Ogos 2016 kepada Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang ditubuhkan Putrajaya untuk menggalakkan keusahawanan.
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Demikianlah Artikel Irwan Serigar digesa jelaskan penglibatan dalam Uber
Sekianlah artikel Irwan Serigar digesa jelaskan penglibatan dalam Uber kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Irwan Serigar digesa jelaskan penglibatan dalam Uber dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/irwan-serigar-digesa-jelaskan.html
juga mengumumkan pelaburan sebanyak AS$30 juta ke dalam Uber kurang setahun sebelum kerajaan Malaysia meluluskan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (2010) yang memberi kelebihan kepada khidmat Uber.
Kedua-dua MaGIC dan Uber dipengerusikan Irwan, yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
“Beliau perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia penglibatannya dalam dakwaan skandal Uber itu,” kata Liew dalam kenyataan.
“MaGIC perlu mendedahkan butiran sumbangan yang diterima. KWAP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional, dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) lain perlu mendedahkan pelaburan mereka dalam Uber kepada rakyat Malaysia kerana ada kemungkinan tinggi terjadi konflik kepentingan,” katanya.
Liew juga menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri menjawab mengenai siasatan DoJ dan Uber itu.
Read More / Baca Lagi >>