Judul : Kemerdekaan itu bukan mewarisi hutang tetapi mewarisi kesejahteraan anak bangsa
link : Kemerdekaan itu bukan mewarisi hutang tetapi mewarisi kesejahteraan anak bangsa
Kemerdekaan itu bukan mewarisi hutang tetapi mewarisi kesejahteraan anak bangsa
Kemeriahan sambutan kemerdekaan negara ke-60 bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa” memberikan pelbagai konotasi bagi beberapa pemimpin muda negara dalam menghayati dan memahami erti kemerdekaan yang sebenar dalam konteks Malaysia hari ini.
Katanya, hari ini negara Malaysia berhadapan saat yang sukar dari sudut kepentingan ekonomi, politik dani urus tadbirnya.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional (AMANAH) Faiz Fadzil berkata, kemerdekaan sebenar difahami pada asasnya sebagai sebuah negara yang tidak lagi dijajah dari sudut ekonomi dan politiknya.
“Walaupun sudah 60 tahun kita merdeka negara semakin hari semakin berhadapan dengan cabaran yang mana rakyat semakin diuji dengan peningkatan kos sara hidup, cukai yang regresif dan kekangan demokrasi,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Lantas beliau memetik kata-kata Presiden Indonesia Sukarno yang pernah menyebutkan bahawa: “kemerdekaan itu ibarat rakyatnya mewarisi kemasyuran bukan mewarisi hutang.”
Faiz merujuk kepada jumlah hutang negara yang kini mencecah RM908bilion itu menunjukkan rakyat negara ini seolah-olah tidak berada dalam erti kata “kemerdekaan” yang sebenar.
“Ditambah ekonomi yang
Demikianlah Artikel Kemerdekaan itu bukan mewarisi hutang tetapi mewarisi kesejahteraan anak bangsa
Sekianlah artikel Kemerdekaan itu bukan mewarisi hutang tetapi mewarisi kesejahteraan anak bangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kemerdekaan itu bukan mewarisi hutang tetapi mewarisi kesejahteraan anak bangsa dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/kemerdekaan-itu-bukan-mewarisi-hutang.html
agak tidak menentu hari ini, kejatuhan nilai ringgit, skandal 1MDB yang tidak selesai membawa kepada peningkatan hutang dan tidak mungkin mampu dilunaskan dalam masa singkat.
“Apa yang diwarisi generasi muda hari ini dan masa depan adalah hutang negara,” ujarnya.
Justeru bagi beliau tema “Negaraku Sehari Sejiwa” seperti yang beliau impikan adalah sebuah negara yang dimiliki oleh rakyat negara ini. Tetapi ujarnya jika melihat dari sudut ekonomi sahaja “negaraku” ini ibarat milikan orang asing.
“Sepatutnya tema “Negaraku” ialah negara yang kita miliki. Kita tidak merasakan negara yang kita miliki dalam konteks ekonomi hari ini kerana kebanjiran warga asing hampir 6 juta orang mengisi segala peluang rakyat tempatan yang sebenarnya turut menjejaskan sektor perniagaan kecil dan sederhana.
“Hari ini kita maklumi hutang kerajaan bergantung kepada kuasa besar seperti negara China dengan tujuan untuk menampung hutang negara bukan dalam bentuk FDI (Pelaburan Lansung Asing) tetapi ia dijalinkan dalam bentuk hutang jangka panjang oleh negara.
“Sebagai rakyat negara ini, bagi saya ‘negaraku’ itu mestilah membawa rahmat kepada rakyat negara ini.
“Ia mestilah bebas daripada sebarang bentuk rasuah, kerajaan membina negara mementingkan aspek pembangunan insan, memberikan pendidikan percuma dan kebolehupayaan ekonomi negara menjana pendapatan rakyatnya, itulah Malaysia negaraku,” ujarnya.