Judul : Khazanah, KWSP akan tambah pelaburan di AS, Najib beritahu Trump
link : Khazanah, KWSP akan tambah pelaburan di AS, Najib beritahu Trump
Khazanah, KWSP akan tambah pelaburan di AS, Najib beritahu Trump
Demikianlah Artikel Khazanah, KWSP akan tambah pelaburan di AS, Najib beritahu Trump
Sekianlah artikel Khazanah, KWSP akan tambah pelaburan di AS, Najib beritahu Trump kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khazanah, KWSP akan tambah pelaburan di AS, Najib beritahu Trump dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/khazanah-kwsp-akan-tambah-pelaburan-di.html
Ia antara 3 cadangan khusus dinyatakan perdana menteri kepada presiden AS.
WASHINGTON DC: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS) dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi negara itu, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion di negara tersebut.
“Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS,” kata Najib semasa pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, di sini, malam tadi.
Najib, yang juga menteri kewangan berkata delegasi Malaysia mempunyai 3 cadangan khusus.
Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh Malaysia Airlines Bhd (MAB).
“Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.
“Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga tersebut akan bernilai melebihi AS$10 bilion,” katanya.
Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntungkan bagi syarikat penerbangan tersebut, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner merupakan pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.
Perbincangan dengan Trump itu merupakan kemuncak lawatan kerja Najib ke AS dari 11-13 Sept atas jemputan daripada Presiden AS ke-45 itu yang memegang jawatan pada 20 Jan tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>