Kita bukan nak tolong Amerika sembang Irwan...

Kita bukan nak tolong Amerika sembang Irwan... - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kita bukan nak tolong Amerika sembang Irwan..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kita bukan nak tolong Amerika sembang Irwan...
link : Kita bukan nak tolong Amerika sembang Irwan...

Baca juga


Kita bukan nak tolong Amerika sembang Irwan...



Demikianlah Artikel Kita bukan nak tolong Amerika sembang Irwan...

Sekianlah artikel Kita bukan nak tolong Amerika sembang Irwan... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kita bukan nak tolong Amerika sembang Irwan... dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/kita-bukan-nak-tolong-amerika-sembang.html
Pembelian pesawat baru Malaysia Airlines (MAS) dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS) bukan untuk menolong ekonomi negara itu, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

“Jadi tohmahan dan idea sesetengah pihak yang mengatakan sebaliknya, bahawa kita nak menolong ekonomi AS adalah tidak berasas.

“Ini adalah untuk membawa pulangan baik kepada pencarum KWSP,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.
Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan beberapa cadangan kepada Presiden AS Donald Trump.

“Nombor satu, kami mahu membantu kamu dalam bentuk pengukuhan ekonomi AS,” katanya dalam pertemuan di Rumah Putih.
Dalam pertemuan 12 September lalu, Najib juga memberitahu Trump, Malaysia berminat melabur tiga atau empat bilion dolar lagi untuk mendukung kemudahan pembangunan semula AS.
Katanya, Malaysia mempunyai modal besar melalui KWSP untuk dieksport dan telah pun melabur hampir AS$7 bilion dalam bentuk ekuiti.
Najib juga berkata MAS akan membeli 25 pesawat daripada AS dan barangkali menambah 24 lagi selepas ini. Dalam tempoh lima tahun, rundingan itu, katanya, akan bernilai lebih AS$10 bilion.
Sementara itu, mengulas mengenai rancangan MAS, Irwan berkata ia sebahagian daripada langkah jangka panjang dan sederhana syarikat itu untuk mengembangkan perniagaannya.
Pengkritik menyelar sikap Najib yang dikatakan mengetepikan pembangunan infrastruktur dalaman dan membawa wang keluar ketika Putrajaya menjalankan langkah penjimatan.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula melihat perkara itu pelik kerana ibarat si miskin membantu si kaya.
Dalam isu pembelian pesawat baru MAS juga, Irwan juga berkata tiada dana awam akan digunakan.

“Tiada dana awam akan digunakan,” katanya ketika ditanya pemberita.
Sebanyak 69 peratus saham MAS dimiliki oleh syarikat pelaburan negara Khazanah Nasional Bhd.

Subscribe to receive free email updates: