Kuasa politik Melayu, bumiputera

Kuasa politik Melayu, bumiputera - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kuasa politik Melayu, bumiputera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuasa politik Melayu, bumiputera
link : Kuasa politik Melayu, bumiputera

Baca juga


Kuasa politik Melayu, bumiputera



Demikianlah Artikel Kuasa politik Melayu, bumiputera

Sekianlah artikel Kuasa politik Melayu, bumiputera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kuasa politik Melayu, bumiputera dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/kuasa-politik-melayu-bumiputera.html
Politik pada akhirnya adalah nombor. Setiap nombor boleh dibuat kira-kira. Dengan kira-kira itu, kita boleh memahami apakah yang kurang untuk ditambah baik bagi mencukupkan bilangan dan membentuk kerajaan.
Selepas pilihan raya umum (PRU) lalu, daripada 89 parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat, 37 adalah wakil rakyat Melayu. Daripada 37 kerusi Melayu itu pula, 21 adalah milik PAS.
Selebihnya adalah wakil rakyat bukan Melayu, sama ada PKR atau DAP.
Maknanya, selain PKR dan DAP yang tak cukup diterima pengundi Melayu, gabungan parti pembangkang secara keseluruhannya masih gagal menang di kawasan kerusi Melayu.
Bandingkan di pihak BN: daripada 133 yang dimenangi, 112 adalah kerusi Melayu-Bumiputera dengan 87 daripadanya kerusi Umno.
Angka 87 itu pun selepas ditolak Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Samporna (Datuk Seri Shefie Apdal) yang tercampak keluar dari Umno.
Tanpa kerusi Melayu yang mencukupi, sampai kiamat pun gabungan pembangkang tidak akan berjaya ke Putrajaya. Lebih sukar apabila kini PAS berada di luar Pakatan Harapan (HARAPAN).
Ada bersama PAS, 25 kerusi - sebelum enam daripadanya menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH). Bakinya masih ada 19. Kini HARAPAN hanya mempunyai 69 kerusi parlimen.
Situasi sangat sukar
Ketiadaan PAS menjadikan bilangan wakil rakyat Melayu dalam HARAPAN menjadi semakin kecil iaitu 17 orang saja selepas ditolak kerusi Bandar Tun Razak apabila wakil rakyatnya, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi wakil bebas.
Bagi membentuk kerajaan baru di Putrajaya - daripada 222 kerusi parlimen - HARAPAN perlu memenangi minumum 112 kerusi.
Kalau kesemua 69 kerusi parlimen itu dapat dipertahankan seperti sekarang, HARAPAN masih kekurangan 43 kerusi lagi untuk memiliki kelebihan satu majoriti berbanding BN.
Kalau PAS ada bersama, cabaran tersebut menjadi lebih mudah. PAS yang mempunyai 25 kerusi menjadikan kekurangan yang perlu dicari ialah 24 sahaja.Dengan perkiraan mudah, setiap parti perlu menambah beberapa kerusi lagi selain mengharapkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyumbang antara 15 hingga 20 kerusi.

Tumpuan BERSATU ialah kerusi 87 kerusi yang kini milik Umno.
Memang masih munasabah untuk mengambil antara 15 hingga 20 kerusi daripada Umno, tetapi kalau 43 kerusi lagi - selepas ditolak kedudukan semasa PAS - secara realitinya ia sangat-sangat-sangat sukar.
PAS nampaknya mustahil berpatah balik untuk menyertai HARAPAN. Oleh itu, persoalan pokok ialah, dari manakah sekurang-kurangnya 43 kerusi itu boleh diperolehi?
Sekiranya disapu bersih kesemua kerusi baki milik MCA, MIC atau Gerakan pun, tetap tidak cukup untuk mendirikan kerajaan baru tanpa merampas separuh kerusi yang dimenang Umno sekarang.
Realiti ini sewajarnya menunjukkan sejelas-jelasnya kepada HARAPAN betapa relevennya kerusi majoriti Melayu yang masih dikuasai Umno. Maka, persoalan yang timbul ialah, apakah politik HARAPAN sudah cukup mendekati dan meyakinkan orang Melayu?
Naik turun tetap berlaku
Kita pernah mendengar kononnya akan berlakunya “tsunami Melayu” dalam PRU akan datang. Keyakinan sahaja tak cukup, tanpa kesedaran terhadap apa yang perlu dilakukan.
Orang Melayu umumnya sedang melihat dan menilai, apakah perjuangan HARAPAN akan menguntungkan mereka?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: