Judul : Mahkamah benarkan 4 siswa UM cabar sabitan kes sepanduk 1MDB
link : Mahkamah benarkan 4 siswa UM cabar sabitan kes sepanduk 1MDB
Mahkamah benarkan 4 siswa UM cabar sabitan kes sepanduk 1MDB
Demikianlah Artikel Mahkamah benarkan 4 siswa UM cabar sabitan kes sepanduk 1MDB
Sekianlah artikel Mahkamah benarkan 4 siswa UM cabar sabitan kes sepanduk 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah benarkan 4 siswa UM cabar sabitan kes sepanduk 1MDB dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/mahkamah-benarkan-4-siswa-um-cabar.html
Ini berikutan Hakim Azizah Nawawi memberi kebenaran disebabkan Pejabat Peguam Negara tidak hadir hari ini bagi membantah permohonan tersebut walaupun borang telah diisi pihak mereka bulan lalu.
Susulan itu, suatu tarikh ditetapkan bagi mendengar merit kes ini yang akan didengar, kata peguam bagi pihak siswa Lim Wei Jiet kepada Malaysiakini.
Dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan tersebut oleh pihak berkuasa, pihak pengadu telah mendapatkan kebenaran bagi memastikan permohonan tersebut tidak sembarangan dan menyusahkan.
Mahasiswa terbabit merupakan bekas presiden University of Malaya Association of New Youth (Umany), timbalan presiden Umany Tan Jia You, ketua biro publisiti Umany Chua Hun Ti dan setiausaha agung Umany Lau Li Yang.
Mereka didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan oleh jawatankuasa disiplin universiti dan didenda di antara RM200 ke RM600.
Mereka didapati bersalah di bawah Peraturan 3 dan Peraturan 11 Peraturan Disiplin Universiti Malaya untuk tiga pertuduhan itu.
Mereka didakwa menganggu majlis dengan menaikkan sepanduk dengan perkataan '1MDB Pulangkan Duit Rakyat' dan didakwa menjejaskan ketenteraman dan kesopanan awam dengan memegang sepanduk tersebut serta campur tangan dalam majlis rasmi universiti.
Mereka membuat rayuan kepada jawatankuasa rayuan UM tetapi jawatankuasa mengekalkan keputusan tetapi membuang hukuman denda. Mereka telah diberi amaran keras oleh pihak universiti.
Empat mahasiswa itu menamakan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar dan Universiti Malaya sebagai responden.
Read More / Baca Lagi >>