Mereka yang tak peduli masa depan negara....

Mereka yang tak peduli masa depan negara.... - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mereka yang tak peduli masa depan negara...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mereka yang tak peduli masa depan negara....
link : Mereka yang tak peduli masa depan negara....

Baca juga


Mereka yang tak peduli masa depan negara....



Demikianlah Artikel Mereka yang tak peduli masa depan negara....

Sekianlah artikel Mereka yang tak peduli masa depan negara.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mereka yang tak peduli masa depan negara.... dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/mereka-yang-tak-peduli-masa-depan-negara.html
Pembentangan Merdeka Center tempoh hari tentang angka bilangan anak muda yang tidak sedikit pun peduli untuk tidak mendaftar sebagai pengundi, sebenarnya tidak begitu memeranjatkan.
Anak muda Malaysia sememangnya sudah biasa membiarkan orang lain membuat keputusan bagi pihak mereka. Dimanja dan dibesarkan dengan teknologi di tangan dan makanan disuap ke mulut, kita tidak perlu hairan.
Kita sepatutnya sedar bahawa kitalah yang telah meletakkan masa depan negara di tangan generasi yang tidak peduli.
Terbaru muncul beberapa pihak yang mengajukan usaha supaya tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang. Dan kalau pun keluar mengundi, harusnya dirosakkan sahaja undi itu sebagai tanda protes.
Kata mereka undi nan satu itu tidak akan merubah apa-apa. Malah undi yang demikian banyak sehingga gabungan Pakatan Rakyat meraih 51% undi popular pada 5 Mei 2013 pun tidak membawa kesan.Lebih baiklah merajuk dan marah-marah dengan keadaan, menendang-nendang sambil berteriak seperti bayi kehilangan botol susu, supaya semua orang memandang mereka dan bertanya khabar dan kemudian diberi segala yang dimahu.

Malangnya realiti politik Malaysia tidak semudah itu. Tidak semudah bayi menangis-nangis minta susu.
Kelas membebel
Di antara lapis-lapis kelas elit, borjuis dan proletariat itu sebenarnya ada satu lagi kelas yang disebut Hishamuddin Rais sebagai kelas membebel.
‘The chattering class’ katanya. Kasta masyarakat yang hidup berbekalkan kopi dan air liur. Banyak cakapnya, kurang kerja buatnya.
Kelas pemalas yang akan mengambil jalan mudah untuk duduk di rumah dan membiarkan orang lain berpartisipasi mencatur masa depannya yang sudah malas diambil peduli.Kelas masyarakat spesis ini kini adalah majoriti. Mereka lahir daripada rahim kebangkitan media sosial dan internet laju; di mana hari demi hari boleh dihabiskan dengan menonton video kucing berlari-lari sambil membebel sesama sendiri.

Menyerahkan hak memilih adalah jalan mudah. Sebab yalah, menyerah sebelum kalah. Meletakkan senapang sebelum berjuang. Bukankah mudah?
Ia bukan aksi melawan. Bukan aksi menunjukkan kekuatan atau menggunakan ‘hak untuk tidak memilih’. Tidak memilih ertinya menyerah. Ertinya merelakan diri dilenjan daulah tanpa mengangkat walaupun sebatang jari.
GST, korupsi, bertuankan kerajaan sarat kleptokrasi? Na’am, na’am ya sidi. Kemudian membebel berjemaah. Pahala berganda barangkali.
Menyedari hakikat
Akar kepada permasalahan ini sebenarnya bukanlah kebodohan, seperti yang kita semua sangkakan. Masalahnya juga bukan sebenarnya kelelahan. Meski kita nyata melihat begitu ramai aktivis dan anggota kelas membebel ini sebenarnya letih dan lesu dengan segala yang sedang terjadi.

Akar kepada masalah malas ambil tahu dan tidak peduli ini ialah kegagalan kita untuk memahami hakikat pergelutan puluhan tahun melawan United Malays National Organisation. Pokok pangkal kepada masalah ini ialah tumpuan kita yang mudah dialih-alih. Dan tengkuk kita yang cepat geli dengan hal-hal yang melalaikan daripada tunjang utama perjuangan.
Seharusnya kita tidak boleh gagal daripada memahami bahawa setiap pilihan raya adalah upaya masyarakat untuk melawan rejim. Sebuah rejim yang sudah berkuasa selama 60 tahun tanpa sekali pun pernah ditewaskan.
Kita semua tidak mengundi untuk menghantar siapa-siapa ke Putrajaya. Kalau mahu ke Putrajaya, menyelinap sahaja masuk Umno, masuklah kerajaan dan bisikkan dasar-dasar serta pembaharuan ke telinga mereka yang melilau di koridor kuasa. Mudah.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: