NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA

NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA
link : NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA

Baca juga


NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA



Demikianlah Artikel NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA

Sekianlah artikel NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NAJIB JUMPA TRUMP 30 MINIT, TIDAK BINCANG ISU ROHINGYA SEBALIKNYA GADAI KEPENTINGAN NEGARA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/najib-jumpa-trump-30-minit-tidak.html
Sejak saya mendedahkan bahawa perjumpaan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bukanlah satu rangka lawatan rasmi (“official visit” atau “official working visit”) atas jemputan Presiden Trump seperti yang mahu digambarkan oleh media propaganda Barisan Nasional, jentera propaganda Barisan Nasional bekerja keras untuk menenggelamkan perkara itu sebelum Dato’ Seri Najib tiba di White House.

Alasan yang digunapakai ialah kononnya perjumpaan itu disenaraikan di laman rasmi White House dan dimasukkan di dalam jadual harian Presiden Trump di Twitter beliau.

Malangnya, tidak ada seorang pun yang menafikan atau mengemukakan fakta yang menidakkan perkara pokok yang saya timbulkan semalam: berdasarkan senarai protokol untuk lawatan rasmi Ketua Negara (“State Visit”) atau Ketua Kerajaan (“Official Visit” termasuk “Official Working Visit”) untuk menentukan sambutan serta kemudahan meraikan tetamu rasmi Presiden Amerika Syarikat, lawatan Dato’ Seri Najib kali ini dikategorikan sebagai lawatan persendirian (“private visit”) oleh seorang Perdana Menteri ke White House.

Oleh sebab itu, satu lagi isu utama yang saya timbulkan ialah kemungkinan besar jemputan dari Presiden Trump kepada Dato’ Seri Najib untuk mengadakan satu pertemuan singkat (yang dikira lawatan persendirian ini) diusahakan oleh khidmat lobi yang dibayar oleh Godfrey Group Limited yang mewakili Pejabat Perdana Menteri, seperti yang saya pernah dedahkan sebelum ini.

Saya yakin perjumpaan yang berlaku semalam (waktu Malaysia) mengesahkan bahawa kedua-dua perkara pokok yang saya timbulkan adalah benar berdasarkan bukti-bukti yang dihuraikan selepas ini.

Bukti Perjumpaan Adalah Lawatan Persendirian (“Private Visit”)
Setakat ini, liputan yang dibuat media rasmi Barisan Nasional seperti yang dilaporkan New Straits Times dan RTM mengesahkan bahawa:

i. Ketibaan Dato’ Seri Najib di Joint Base Andrews in Maryland dengan pesawat rasmi negara tidak disambut dengan satu acara rasmi yang dipanggil “flight line ceremony” yang hanya diberikan kepada lawatan-lawatan rasmi

ii. Delegasi Dato’ Seri Najib menginap di Trump International Hotel dan bukannya Blair House, iaitu rumah tetamu Presiden Amerika Syarikat yang disediakan bagi lawatan rasmi ketua kerajaan

Kedua-dua perkara ini kini sahih dan mengesahkan bahawa maklumat-maklumat yang diberikan oleh sumber rahsia saya seperti yang saya dedahkan semalam adalah tepat.

Perjalanan mesyuarat yang berlaku semalam di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump juga mengesahkan bahawa keseluruhan lawatan ke White House itu, dari pertemuan empat mata di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump sehinggalah mesyuarat di antara pegawai tertinggi Malaysia dan Amerika Syarikat (yang sebelum ini dirujuk sebagai “expanded meeting”), memakan masa hanyalah sekitar 30 minit sahaja.

Ini bertepatan dengan maklumat sulit yang diberikan kepada saya oleh sumber yang boleh dipercayai dan boleh disahkan berdasarkan garis masa dari ketibaan Dato’ Seri Najib di White House sehinggalah berakhirnya “expanded meeting” tersebut, seperti berikut:

i. Dato’ Seri Najib tiba jam 1149 pagi waktu Washington (dirujuk sebagai EDT dan 12 jam lambat berbanding waktu Malaysia, maka 1149 PM di Malaysia adalah 1149 pagi di Washington) seperti yang dilaporkan oleh MSNBC melalui tweet di bawah:

ii. Dato’ Seri Najib kemudiannya ada pertemuan empat mata di Oval Office dengan Presiden Trump. Tiada wartawan atau media dibenarkan, malah sesi bergambar di antara Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump pun dibatalkan di saat-saat akhir. Oleh itu, satu-satunya cara untuk menentukan lama mana pertemuan itu ialah dengan melihat garis masa selepas pertemuan empat mata ini

iii. Selepas itu, Dato’ Seri Najib dan Presiden Trump menyertai pegawai tertinggi dari delegasi kedua-dua negara untuk mesyuarat dua hala yang dirujuk sebagai “expanded meeting” di dalam jadual Presiden Trump sebelum itu

iv. Transkrip mesyuarat itu yang meliputi ucapan Presiden Trump dan ucapan balas dari Dato’ Seri Najib disiarkan secara penuh di laman White House http://ift.tt/2f3KhS0

v. Transkrip mesyuarat itu menunjukkan ucapan Presiden Trump bermula pada jam 12:11 tengahari dan ucapan balas Dato’ Seri Najib berakhir pada jam 12:18 tengahari

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: