Judul : NAJIB LEBIH WAJIB DIPANGGIL BERI KETERANGAN KEPADA RCI FOREX
link : NAJIB LEBIH WAJIB DIPANGGIL BERI KETERANGAN KEPADA RCI FOREX
NAJIB LEBIH WAJIB DIPANGGIL BERI KETERANGAN KEPADA RCI FOREX
Pengakuan Nor Mohamed Yakcop, bekas Penolong Gabenor Bank Negara kepada RCI forex dua minggu lalu yang menyatakan beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas urusniaga matawang dan kerugian yang dialami oleh Bank Negara serta telah menerima "bahagiannya" iaitu dengan perletakan jawatannya secara serta-merta, ia seharusnya merupakan jawapan yang dicari-cari selama ini.
Beliau seterusnya menyatakan tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan, baik dengan Perdana Menteri mahupun Menteri Kewangan, ketika mengendalikan urusniaga matawang itu.
Keterangan Nor Mohamed Yakcop itu tidak ubah seperti pengakuan seseorang yang mengakui semua pertuduhan di mahkamah.
Lalu, apa mahu lagi? Bukankah itu jawapannya?
Namun, Tun Mahathir Mohamad yang dipanggil memberi keterangan kepada RCI forex semalam menyatakan, banyak soalan yang ditanyakan kepadanya tidak releven sama-sekali dan tidak berkaitan dalam mengenal pasti kerugian yang dialami Bank Negara.
"Ia hanya bertujuan mahu memberi imej buruk kepada saya dan Anwar Ibrahim kononnya banyak wang juga dicuri di zaman saya menjadi Perdana Menteri.
"Tapi saya takut mereka tidak mencapai objektif untuk menunjukkan saya sama seperti kleptokrat yang mentadbir negara hari ini," ujar
Demikianlah Artikel NAJIB LEBIH WAJIB DIPANGGIL BERI KETERANGAN KEPADA RCI FOREX
Sekianlah artikel NAJIB LEBIH WAJIB DIPANGGIL BERI KETERANGAN KEPADA RCI FOREX kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NAJIB LEBIH WAJIB DIPANGGIL BERI KETERANGAN KEPADA RCI FOREX dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/najib-lebih-wajib-dipanggil-beri.html
beliau seperti menyindir selepas memberi keterangannya.
Najib, kata Tun Mahathir, mesti dipanggil untuk menjelaskan mengapa baru sekarang beliau membangkitkan soal kerugian forex, sedangkan semasa berada di dalam kabinetnya dahulu dia hanya senyum dan setuju dengan semua perkara.
Sehubungan itu, Tun Mahathir menggesa RCI forex agar memanggil sama Najib Razak untuk memberi keterangannya.
"Najib mesti jelaskan mengapa sejak dulu lagi beliau tidak pernah bangkitkan tentang kerugian forex, tetapi hanya sekarang bercakap mengenainya," tambah beliau.
Lebih dari itu, tegas Tun Mahathir lagi, isu penubuhan RCI bagi menyiasat urusniaga forex telah pun dibangkitkan oleh Lim Kit Siang sejak lebih dua dekad lalu dan Najib tidak pernah diketahui bersetuju dengan desakan tersebut.
"Dulu dia senyum dan tepuk tangan saja," kata Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi.
Jika kita imbas, berdasarkan pengakuan Nor Mohamed Yakcop yang sukarela mengakui beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusniaga forex dan pemakluman kepada kerajaan hanya dilakukan setelah Bank Negara mengalami kerugian, kedudukan Tun Mahathir dan Najib tidak banyak bezanya.
Hanya bezanya ketika itu, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri dan Najib menteri biasa, tetapi tiada sesiapa dihalang daripada bersuara.
Read More / Baca Lagi >>