‘Pas sudah lama lawan BN’ - Dr Azman

‘Pas sudah lama lawan BN’ - Dr Azman - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Pas sudah lama lawan BN’ - Dr Azman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Pas sudah lama lawan BN’ - Dr Azman
link : ‘Pas sudah lama lawan BN’ - Dr Azman

Baca juga


‘Pas sudah lama lawan BN’ - Dr Azman



Demikianlah Artikel ‘Pas sudah lama lawan BN’ - Dr Azman

Sekianlah artikel ‘Pas sudah lama lawan BN’ - Dr Azman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Pas sudah lama lawan BN’ - Dr Azman dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/pas-sudah-lama-lawan-bn-dr-azman.html

KUALA TERENGGANU – Teori sekumpulan pihak dipersoal kononnya penyertaan Pas untuk bertanding pada PRU14 semata-mata untuk menangkan Umno.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim menyelar dakwaan itu berkata, Pas telah membuktikan bahawa parti itu telah berlawan dengan Umno-BN sejak dahulu dan menegaskan parti itu akan terus menentang Umno-BN pada PRU akan datang.
Untuk PRU14 katanya, lebih 100 kerusi Parlimen yang akan ditandingi Pas sebagaimana diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan ia sudah tentu melibatkan perlawanan antara Pas dan Umno-BN termasuk di lapan kerusi Parlimen di Terengganu dan 14 kerusi Parlimen di Kelantan.
“Pas sudah lawan BN dalam PRU sejak tahun 1959 lagi sehingga yang terakhir tahun 2013 dan akan terus lawan BN. Hanya dalam PRU 1974 sahaja Pas tak lawan BN ketika Pas berada dalam BN.
“Tiba-tiba ada gabungan parti yang masih berhingus dan sebahagian besar pimpinan mereka asalnya cari makan dalam BN, menuduh Pas bertanding kerana nak menangkan BN. Teori mana mereka guna?” katanya, di sini.
Beliau turut tegaskan penyertaan Pas di kesemua kerusi bukan dibuat sewenang-wenangnya sebaliknya berdasarkan kekuatan jentera akar umbi di lebih 7,000 cawangan dan 195 kawasan.
Jelasnya, Pas mempunyai unit-unit tertentu seperti Jabatan Pilihanraya Pas, Pusat Penyelidikan Pas, Institut Strategi Pas dan Institut Polisi Studi yang melakukan kajian di samping maklumat dari beberapa agensi kajian bebas yang membekalkan data dan maklumat diperlukan.
“Kita realistik dan berpijak di bumi nyata dengan langkah dan tindakan yang diambil. Bukan urusan kita nak ambil peduli walau ada suara sinis yang mengeji, ada cawangan banyak pun bukannya menang! Habis tu kamu yang hanya ada cawangan di alam maya ingat boleh menang?” katanya.

Subscribe to receive free email updates: