Judul : Perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat?
link : Perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat?
Perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat?
Demikianlah Artikel Perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat?
Sekianlah artikel Perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/perbincangan-najib-trump-hanya-5-minit.html
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih dan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hanya selama 5 minit 58 saat didakwa hanya membuang masa.
Koordinator deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, perbincangan yang hanya melibatkan dua perkara pokok boleh diserahkan kepada Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique dengan pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan di sana.
"Setakat nak bincang dua topik pokok ini sepatutnya kerajaan Malaysia suruh Zulhasnan Rafique selaku Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat bincang saja dengan pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan di sana.
"Perbincangan Najib dengan Presiden Amerika Syarikat terlalu ringkas. Buang masa Perdana Menteri dan membazir duit rakyat Malaysia saja rombongan ke Washington itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kunjungan Najib ke Rumah Putih bukan lawatan rasmi ketua kerajaan seperti kelazimannya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, hujahnya berasaskan bahawa ketiadaan protokol tertentu seperti tidak ada upacara sambutan rasmi yang diadakan semasa ketibaannya.
“Untuk membezakan sama ada sesuatu jemputan dari Presiden Amerika Syarikat itu adalah jemputan berbentuk lawatan rasmi ketua kerajaan atau tidak, kita boleh melihat layanan dan kemudahan yang diberikan.
“Jemputan yang bertaraf lawatan rasmi ketua kerajaan melibatkan, antara lainnya, sambutan rasmi semasa pesawat mendarat, majlis sambutan rasmi di White House dan penginapan yang disediakan di Blair House, iaitu rumah untuk tetamu negara,” katanya.
Khairuddin pula meminta kakitangan Pejabat Perdana Menteri menunjukkan bukti bahawa lawatan itu adalah lawatan rasmi.
"Boleh tak saya nak minta kakitangan pejabat Perdana Menteri tunjuk gambar Rosmah Mansor disambut oleh Melania isteri kepada Presiden Amerika Syarikat ketika mereka tiba di hadapan pintu 'West Wing' Rumah Putih untuk ditunjukkan kepada rakyat Malaysia sebagai kenangan kunjungan tersebut?"
Read More / Baca Lagi >>