PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat

PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat
link : PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat

Baca juga


PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat

Gerakan akar umbi mendesak pengerusi PKR membuat keputusan segera membersihkan pemimpin kurang memberi kesan memajukan parti dan dilihat mesra PAS.
Ahmad-Syauqey-Abdul-Ghani_ab-aziz-ab-kadir_pkr_600Krisis kepimpinan PKR Kelantan terus memuncak apabila gerakan akar umbi parti itu menyerahkan memorandum yang ditandatangan majoriti ahli supaya Ab Aziz Ab Kadir melepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri.
Pengarah Pilihan Raya PKR Kota Bharu, Ahmad Syauqey Abdul Ghani yang mengetuai gerakan itu berkata memorandum itu diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat untuk disampaikan kepada Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Gerakan itu juga mendesak Wan Azizah membuat keputusan segera sekaligus membersihkan pemimpin kurang memberi kesan memajukan parti dan dilihat mesra PAS.
“Kita sudah serah memorandum supaya (Aziz ditukar) pada majlis Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan melalui Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pada 25 Ogos, kemudian kita buat satu lagi kiriman kepada seorang pemimpin yang rapat dengan presiden.
“Sekarang kita beri kepercayaan kepada pucuk pimpinan pusat membuat keputusan terbaik sekalipun mengekalkan Aziz, kita menerima keputusan itu secara terbuka.
“Bagaimanapun kita menaruh harapan tinggi kepada parti untuk mendengar desakan


Demikianlah Artikel PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat

Sekianlah artikel PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/pkr-kelantan-serah-memo-desak-pengerusi.html
kami dan sokongan dari akar umbi cukup kuat untuk mendesak Aziz meletak jawatan,” katanya kepada FMT.
Awal Ogos lalu, Syauqey mengetuai gerakan akar umbi PKR dengan melancarkan satu memorandum untuk ditandatangani ahli parti supaya Aziz melepaskan jawatan.
Syauqey berkata tindakan ahli PKR menghantar memorandum adalah demi kepentingan parti dalam usaha menyekat pihak memecah belah PKR Kelantan dan menjadi “pak turut” kepada kerajaan PAS Kelantan.
Dalam perkembangan lain, Syauqey turut memaklumkan isu pemecatan Mohd Hafidz Rizal Amran sebagai ketua Pemuda PKR Kelantan belum reda apabila Aziz dan kuncu-kuncunya mempersoal tindakan itu dan tidak mengiktiraf perlantikan Mohd Khairul Amin Abdul Rahman sebagai ketua Pemuda yang baharu.
“Di peringkat saya ia (perlantikan ketua Pemuda PKR baharu) dianggap selesai sebab pelantikan Khairul dibuat oleh Ketua Pemuda Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Pihak saya membuat pertanyaan lanjut sebab Aziz mempersoalkan keputusan Nik Nazmi apabila mendakwa tidak berbincang dengannya sebelum keputusan dibuat padahal perkara itu sudah dimaklumkan. Mereka masih tidak puas hati lagi,” katanya.
28 Ogos lalu Nik Nazmi berkata keputusan memecat Mohd Hafidz dibuat sebagai memenuhi permintaan ahli parti di negeri itu dan selepas perbincangan seminggu sebelum itu.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :