PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU

PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU
link : PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU

Baca juga


PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU



Demikianlah Artikel PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU

Sekianlah artikel PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR nafi Saifuddin letak jawatan SU dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/pkr-nafi-saifuddin-letak-jawatan-su.html
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tidak tahu siapa yang mulakan khabar angin itu.
Fahmi-Fadzil_saifuddin-nasution_600
PETALING JAYA: PKR menepis khabar angin mendakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan setiausaha agung parti.
“Tidak benar. Saya tak tahu siapa yang mulakan khabar angin itu,” kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil kepada FMT.
Awal hari ini tersebar khabar angin mengatakan Saifuddin meletakkan jawatan selepas dikecam ahli parti kerana melanggar arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khabar angin itu timbul tidak lama selepas Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh membidas pemimpin parti yang menyamar sebagai “sumber dalaman” dan memberi maklumat palsu kepada media.
Khabar angin itu tidak mendedahkan arahan apa yang didakwa dilanggar Saifuddin, namun bekas ahli Parlimen Machang itu berada di tengah-tengah pertikaian dalaman antara kumpulan penyokong dan penentang rundingan dengan PAS.
Beliau sebelum ini menafikan kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa beliau mengadakan rundingan dengan PAS atas mandat parti. Menurut Azmin, PKR mahu mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor.
Saifuddin juga menafikan khabar angin mengatakan PKR memberi amaran kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang mendedahkan biro politik PKR sering tidak sealiran dan keputusan yang dicapai juga tidak dihormati, susulan pertikaian mengenai rundingan PKR-PAS itu.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara mengesahkan beliau merestui rundingan itu, selepas Pakatan Harapan mengumumkan keempat-empat parti komponen memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PAS.
Saifuddin dilantik setiausaha agung selepas Rafizi melepaskan jawatan itu pada November lepas berikutan pensabitan di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan maklumat dalam laporan ketua audit negara mengenai 1MDB.

Subscribe to receive free email updates: