Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI

Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI
link : Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI

Baca juga


Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI

Saksi bimbang keselamatan diri dan keluarga mereka, menurut dokumen difailkan di mahkamah Los Angeles.
fbi-1mdb-3
LOS ANGELES: Beberapa individu yang boleh menjadi saksi kepada dakwaan kecurian berbilion dolar melibatkan dana 1MDB tidak berani membantu penyiasat di Amerika Syarikat (AS) kerana bimbang tindakan balas terhadap mereka, menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Individu di “beberapa negara asing” yang kini membantu pihak berkuasa dalam siasatan jenayah bimbang akan keselamatan mereka, manakala sebahagian mereka menganggap adalah terlalu bahaya untuk mereka memberi kerjasama.
Ia merupakan antara kandungan permintaan FBI supaya nama pemberi maklumat mengenai dalang di sebalik konspirasi 1MDB dirahsiakan.
Individu yang sepatutnya bersedia memberikan maklumat berkata mereka bimbang “keselamatan diri dan keluarga mereka”, kata FBI dalam kenyataan difailkan di mahkamah di Los Angeles.
Jabatan Kehakiman AS (DoJ) bulan lalu memohon hakim menangguhkan permohonan sivil merampas pelbagai aset bernilai lebih AS$1 bilion di negara itu, United Kingdom dan Switzerland sementara ia menjalankan siasatan jenayah terhadap dana yang dilarikan daripada 1MDB.
Aset yang


Demikianlah Artikel Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI

Sekianlah artikel Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saksi bimbang bantu siasatan jenayah 1MDB, kata FBI dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/saksi-bimbang-bantu-siasatan-jenayah.html
menjadi sasaran DoJ diperolehi oleh ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low; Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib Razak; dan Khadem al Qubaisi, bekas pengarah urusan syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co.
Badan amanah yang bertanggungjawab terhadap harta Jho Low, Riza, dan al Qubaisi serta keluarga mereka bagaimanapun mencabar permohonan DoJ.
Menurut FBI, wakil Jho Low menuntut pihak berkuasa AS memberitahu siapa saksi yang akan dipanggil, sumber bukti dan beribu-ribu dokumen berkait siasatan itu.
Pihak FBI juga memetik laporan berita Malaysia mengenai penangkapan mereka yang terlibat menyiasat salah laku 1MDB.
Pada 30 Ogos, media Malaysia melaporkan pemandu kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, cedera ditembak, kemungkinan ia suatu amaran kepada bekas peguam negara itu supaya tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa AS, menurut FBI.
Gani terlibat dalam siasatan awal terhadap 1MDB, menurut maklumat difailkan FBI.
Siasatan di AS merupakan sebahagian daripada usaha antarabangsa menjejak wang sebanyak AS$6 bilion daripada 1MDB yang dilarikan atau terlibat dalam pengubahan wang haram.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :