Selangor, tiga bekas MB dan MB hari ini

Selangor, tiga bekas MB dan MB hari ini - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor, tiga bekas MB dan MB hari ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor, tiga bekas MB dan MB hari ini
link : Selangor, tiga bekas MB dan MB hari ini

Baca juga


Selangor, tiga bekas MB dan MB hari ini

RAMAI yang tanya pandangan saya terhadap cerita tiga bekas menteri besar Selangor yang bertekad merampas semula Selangor.
Saya mulanya tidak berhasrat mengulas mengenainya kerana ia bagi saya tidak relevan dan di luar domain pemikiran rakyat Selangor hari ini.
Juga kerana ketiga mantan MB itu kawan lama. Muhammad Taib adalah ketua Umno Selangor pada saat saya menjadi pemimpin utama Pemuda Umno Selangor dulu. Abu Hassan Omar pula dekat bila saya memainkan peranan utama dalam pilihan raya kecil untuk jadikan beliau MB pada masa saya menjadi setiausaha politik kepada pemangku perdana menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim. Dr Khir Toyo pula kawan keluarga saya, isterinya memanggil emak saya mak.
Saya juga pernah bertempur dengan kesemua mereka semasa saya menjadi timbalan ketua PKR Selangor. Namun persahabatan kami kekal. Pernah dulu saya dan MB hari ini, Azmin Ali menunaikan umrah bersama, kami bertemu dengan Muhammad Taib di Madinah dan sembang panjang.
Semasa Dr Khir jadi MB Selangor, sebaik saja saya keluar penjara pada 2003 beliau menjemput saya ke rumahnya dan kembali ke Umno dan bertanding pilihan raya 2004. Saya menolak dengan alasan bos saya Anwar masih di dalam penjara dan tugas utama ketika itu belum selesai.
Itu semua kisah lama. Tiga bekas MB yang menjadi bualan hari ini juga orang lama. Rakyat Selangor mahu dengar cerita baharu.
Cerita hari ini.
Hari ini cerita Selangor adalah cerita sebuah negeri yang berjaya. Hasil mahsulnya diurus baik. Simpanan negeri amat kukuh dan meyakinkan pelabur


Demikianlah Artikel Selangor, tiga bekas MB dan MB hari ini

Sekianlah artikel Selangor, tiga bekas MB dan MB hari ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor, tiga bekas MB dan MB hari ini dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/selangor-tiga-bekas-mb-dan-mb-hari-ini.html
dalam dan luar negara. Rakyat Selangor bukan hanya berpuas hati malah bangga dengan negeri mereka hari ini.
Baik penjawat awamnya juga pengusaha swasta di Selangor hari ini dengan rasa bangga berkongsi pengalaman melaksanakan dan menikmati polisi dan dasar kerajaan negeri hari ini.
Sultan Selangor sendiri amat berpuas hati dengan prestasi kerajaan negerinya hari ini. Kebanggaan Tuanku dititahkan secara  terbuka dalam beberapa majlis rasmi oleh Tuanku sendiri. Rakyat Selangor tahu Sultan mereka bukan calang-calang Sultan. Baginda amat fokus dan serius dengan setiap perkara membabitkan kepentingan negeri dan rakyat. Setiap titah baginda dijunjung tinggi.
Makanya cerita hari ini, bagi rakyat Selangor hari ini, adalah cerita MB mereka hari ini. Bukan cerita MB mereka yang lalu. Yang relevan adalah MB hari ini kerana setelah sekian lama rakyat Selangor menanti kehadiran seorang MB yang mereka boleh banggakan dan harapkan.
Realitinya MB hari ini jelas menepati harapan bukan saja rakyat biasa di setiap ceruk dan pelosok negeri ini tetapi juga pembesar negeri di istana.
Selangor bukan sebuah negeri biasa. Selangor sebuah negeri paling kaya di negara ini. Status ini juga menjadikan Selangor sebuah negeri yang tidak mudah untuk ditadbir. Komposisi rakyatnya kompleks. Masalahnya lebih rumit. Selama ini negeri ini bernasib baik mempunyai raja yang setanding dengan status negerinya sebagai sebuah negeri paling maju. Cuma sering kali rakyat Selangor tidak bernasib baik mendapat seorang MB yang tidak setanding dengan kehebatan negerinya.
Hari ini rakyat Selangor percaya mereka mendapat seorang MB yang setanding dengan nama besar negeri ini. Azmin hari ini dilihat sebagai MB yang mampu membawa sebuah negeri luar biasa seperti Selangor ini terus gemilang.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :