Judul : SIAPA PEMIMPIN PAS YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOSMETIK?
link : SIAPA PEMIMPIN PAS YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOSMETIK?
SIAPA PEMIMPIN PAS YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOSMETIK?
Demikianlah Artikel SIAPA PEMIMPIN PAS YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOSMETIK?
Sekianlah artikel SIAPA PEMIMPIN PAS YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOSMETIK? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SIAPA PEMIMPIN PAS YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOSMETIK? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/siapa-pemimpin-pas-yang-terlibat-dalam.html
Dalam tulisan terbaru oleh Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin di blognya yang melontarkan enam persoalan kepada sesiapa yang ada jawapan, salah satu pertanyaan beliau adalah berbunyi “Apakah benar duit yang KONONNYA dibagi oleh Najib/Umno kepada Pas digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?
Pertanyaan beliau itu tentu saja menimbulkan seribu persoalan, termasuk antaranya siapakah pemimpin Pas atau isteri atau kroni atau proksinya yang berniaga kosmetik dan rugi itu?
Di waktu yang sama, lontaran pertanyaan itu juga akan segera mengingatkan kita mengenai saman berkaitan dana RM90 juta yang didakwa pernah diterima Pas itu.
Berikutan Sarawak Report yang mula-mula mendedahkan berhubung wang RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada Najib Razak, setelah sekian lama bertangguh, Pas akhirnya mengemukakan samannya terhadap portal tersebut di London.
Tetapi, susulan daripada itu, Husam Musa juga kemudiannya membuat pendedahan yang hampir sama kepada Pas, malah dengan terang-terang menyebut nama bank yang dikaitkan dengan dana yang didakwa diterimanya.
Meskipun pada mulanya Pas menyatakan akan mengemukakan saman terhadap Husam, malangnya sehingga sekarang masih tiada sebarang khabar berita mengenainya.
Apa jadi sebenarnya berkenaan saman tersebut dan kenapa ia terus senyap dan sunyi?
Jika saman boleh dibuat di London kepada Sarawak Report, kenapa Pas tidak berani menyaman Husam di negara sendiri?
Selain Husam yang pernah mendakwa Pas pernah menerima wang daripada UMNO atau Najib, seorang lain pemimpin Pakatan Harapan yang turut berbuat demikian ialah Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan.
Dalam pendedahannya, beliau secara terbuka menamakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai individu yang pernah menerima sejumlah wang berkaitan 1MDB daripada Najib yang dipercayainya untuk diberikan kepada Pas.
Read More / Baca Lagi >>