SIRI SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI KEWANGAN INVOKE

SIRI SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI KEWANGAN INVOKE - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SIRI SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI KEWANGAN INVOKE, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SIRI SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI KEWANGAN INVOKE
link : SIRI SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI KEWANGAN INVOKE

Baca juga


SIRI SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI KEWANGAN INVOKE



Demikianlah Artikel SIRI SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI KEWANGAN INVOKE

Sekianlah artikel SIRI SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI KEWANGAN INVOKE kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SIRI SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI KEWANGAN INVOKE dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/siri-soalan-lazim-faq-mengenai-kewangan.html



Datuk Rizal Mansor, pegawai khas kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang secara rasminya adalah Ketua Penolong Pengarah (KPP), Bahagian Khas Jabatan Perdana Menteri melanggar Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 sekali lagi apabila terus mengeluarkan kenyataan politik yang menyerang saya dan INVOKE.

Dalam kenyataan terbaru, beliau menuduh saya menyalahgunakan dana awam yang disumbangkan oleh rakyat melalui INVOKE untuk membayar kepada syarikat yang dimiliki oleh saya. Malah, laman-laman Umno dan macaimaya (“cybertrooper”) menggunakan serangan Datuk Rizal sebagai skrip menyerang Pakatan Harapan.

Isu-isu yang ditimbulkan setakat ini boleh dijawab dengan lebih baik melalui kaedah “soalan lazim” (atau frequently asked questions) seperti di bawah.

KENAPA INVOKE SEBUAH SYARIKAT, KATANYA NGO?

 Untuk menubuhkan sebuah “pertubuhan” (sama ada persatuan, parti politik, yayasan dan lain-lain) yang bukan syarikat, permohonan perlu dibuat kepada Pendaftar Syarikat (Registrar of Societies atau ROS). Setakat ini, ROS telah dipolitikkan dan sebarang permohonan dilambat-lambatkan. Malah, ROS juga dilihat menjadi senjata kepada Umno/BN untuk menghukum mana-mana pertubuhan atau parti politik yang mereka tidak gemari.

 Contoh yang terbaik ialah permohonan mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai sebuah parti untuk membolehkan Pakatan Harapan bertanding menggunakan satu logo. Sehingga kini, ROS tidak memberikan sebarang maklum balas. Satu lagi contoh ialah status DAP yang masih lagi tergantung sehingga sekarang apabila ROS tidak mahu mengiktiraf pemilihan pimpinan DAP.

 Satu-satunya perkara utama yang memberi kelebihan sebuah NGO didaftarkan sebagai “pertubuhan di bawah ROS” berbanding mendaftarkannya sebagai syarikat sendirian berhad di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ialah dari aspek percukaian.

 Sebuah pertubuhan ROS tidak dikenakan cukai, tetapi tertakluk kepada pelbagai peraturan yang memberi ruang kepada campur tangan dan tekanan kerajaan.

 Syarikat sendirian berhad dibenarkan menjalankan banyak aktiviti yang selalunya dikategorikan sebagai aktiviti bukan bermotif keuntungan (kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain) tertakluk kepada Memorandum Penubuhan yang diluluskan oleh pemegang saham. Syarikat sendirian berhad perlu membayar cukai jika ada lebihan dari perbelanjaannya.

 Tetapi, Akta Syarikat memberi lebih banyak perlindungan kepada syarikat sendirian berhad dari campur tangan dan tekanan kerajaan berbanding sebuah pertubuhan di bawah ROS.

 Mengambil kira risiko INVOKE tidak akan diluluskan oleh ROS dan segala gerak geri kami dijadikan alasan untuk diberikan tekan oleh ROS, saya membuat keputusan menubuhkannya sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang 99% milik saya.

TAPI ITU MASALAHNYA! KAMU KUTIP DUIT MASUK SYARIKAT KAMU PUNYA. SAMA MACAM KUTIP DUIT MASUK POKET KAMU!

 Ada yang berhujah bahawa penggunaan syarikat sendirian berhad bagi tujuan menggembleng sokongan rakyat tidak berparti yang diusahakan INVOKE menimbulkan percanggahan kepentingan (“conflict of interest”) kerana INVOKE dimiliki oleh saya (lebih 90% saham dimiliki oleh saya).

 Soal percanggahan kepentingan hanya timbul dalam keadaan-keadaan berikut:

i. Saya mendapat manfaat kewangan yang langsung dari INVOKE seperti dibayar gaji, perbelanjaan saya ditanggung atau saya mendapat keuntungan dari aktiviti INVOKE yang membolehkan INVOKE membayar dividen kepada saya

ii. Apa-apa kontrak atau perbelanjaan INVOKE diberikan kepada syarikat-syarikat milik saya dan saya mendapat manfaat kewangan (sama seperti (i) di atas) di dalam syarikat-syarikat lain milik saya

 Saya tidak mendapat satu sen pun manfaat kewangan dari INVOKE atau syarikat lain yang saya miliki yang ada urusniaga dengan INVOKE (seperti KEIP Resources Sdn Bhd yang saya akan terangkan selepas ini). Saya tidak dibayar gaji, saya tidak membuat sebarang tuntutan perbelanjaan, perbelanjaan atau elaun hatta satu sen pun dari INVOKE dan KEIP Resources Sdn Bhd.

 Malah, saya memasukkan wang saya ke dalam kedua-dua syarikat ini. Wang simpanan saya yang berjumlah RM755,500 telah saya suntik ke dalam INVOKE dan dipecahkan dalam 2 bentuk: RM255,601 untuk melanggani saham-saham INVOKE, RM499,899 adalah pendahuluan saya kepada INVOKE.

 Jika pun satu hari nanti, INVOKE membuat keuntungan dari operasinya, maka INVOKE hanya boleh mengembalikan paling banyak RM499,899 dari wang yang telah saya suntik. Baki RM255,601 yang telah menjadi saham akan kekal dalam INVOKE sampai bila-bila dan hampir mustahil untuk saya mendapatkannya kembali.

 INVOKE ditubuhkan sebagai badan bukan bermotif keuntungan (“not for profit organisation”) – maksudnya sedang ia menjalankan aktiviti komersil untuk menjana pendapatan, jika ada pun keuntungan, ia mesti dibelanjakan kembali kepada program-program yang sesuai dengan piagam penubuhannya.

 INVOKE ditubuhkan sedemikian rupa kerana saya benar-benar mahu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kita mampu membina sebuah gerakan rakyat yang tidak perlu mengemis dan bergantung kepada dedak dari golongan berkepentingan (“vested interest”). INVOKE berpotensi kekal beroperasi pada tempoh masa yang lama kerana banyak kemahiran dan khidmatnya ada nilai komersil dan dari pendapatan itulah, ia dikembalikan kepada program-program INVOKE yang membantu rakyat. Oleh itu, INVOKE ada potensi untuk mencapai kelangsungan kewangan (“financial sustainability”) bagi jangka masa yang panjang.

 Setakat ini, INVOKE kekal rugi sejak hari pertama dan tidak berkemungkinan akan menjana keuntungan dalam masa akan datang. Jika pun ada keuntungan, INVOKE tidak boleh menggunakan keuntungan itu untuk keuntungan peribadi (termasuk pemegang saham seperti saya) dan perlu dikembalikan untuk menampung perbelanjaan aktiviti dan program.

 Oleh itu, INVOKE tidak ada prospek untuk mengisytiharkan dividen dalam keadaan sekarang dan saya tidak berkemungkinan mendapat untung hasil dari pegangan saham INVOKE. Jika ada lebihan pun, paling tinggi saya hanya dapat menuntut kembali RM499,899 yang masih lagi ditunjukkan sebagai pendahuluan (baki RM255,601 kekal di dalam INVOKE sebagai saham).

 Besar kemungkinan kesemua RM499,899 yang saya dahulukan itu pun akan ditukar menjadi saham-saham di dalam INVOKE untuk membolehkan saya mengagihkan saham-saham kepada kakitangan INVOKE yang berkorban selama ini. Saya mahukan mereka tahu bahawa INVOKE adalah sebahagiannya milik mereka kerana mereka yang membinanya – maka mereka perlu ada saham di dalam INVOKE.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: