Stamina pengundi Cina pada pembangkang

Stamina pengundi Cina pada pembangkang - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Stamina pengundi Cina pada pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Stamina pengundi Cina pada pembangkang
link : Stamina pengundi Cina pada pembangkang

Baca juga


Stamina pengundi Cina pada pembangkang

Oleh Lim Hong Siang

Jika dianalisis berdasarkan kerangka kaum, pilihan raya umum (PRU) di Malaysia sebenarnya medan untuk menguji kebolehan pemimpin politik mengimbangi sokongan antara kaum Melayu dengan bukan Melayu. Suka atau tidak, retorik politik dibingkaikan sebegitu. Sentimen kaum dimainkan sewenang-wenangnya, untuk memastikan pembangkang gagal mengerah momentum yang secukupnya agar Umno-BN ditumbangkan.

PRU8 pada tahun 1990 membuka peluang untuk pembangkang menjatuhkan Umno-BN, namun digagalkan pada saat-saat akhir apabila pengundi Melayu termakan dengan propaganda bahawa Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggadaikan Islam, hanya dengan sebaran sekeping gambar yang menonjolkan lambang palang di atas sigah Kadazan yang dipakainya. DAP meraih lebih 70 peratus sokongan Cina, merangkul 20 kerusi parlimen, tetapi Semangat 46 dan PAS sekadar merampas lapan dan tujuh kerusi parlimen.

Sekali lagi Malaysia terlepas peluang untuk menukar kerajaan di peringkat persekutuan, dalam PRU10 pada tahun 1999. Gelombang Reformasi mengombak, kemarahan masyarakat Melayu meluap-luap, khususnya di utara Semenanjung Malaysia, namun Umno-BN diselamatkan pengundi Cina. Dua faktor utama yang menghantui masyarakat Cina ketika itu. Pertama, Cina takut dimangsakan, sebagaimana tragedi rogol dan bunuh yang menimpa kaum Cina di Indonesia pada waktu itu; Keduanya, Cina ditakutkan dengan konsep “Negara Islam” yang diuar-uarkan pemimpin PAS ketika itu.
Kebangkitan “kuasa rakyat”(makkal sakti) dalam PRU12 pada tahun 2008 mungkin paling seimbang antara kaum yang berbeza, sungguhpun kadar sokongan pengundi bukan Melayu terhadap pembangkang lebih tinggi. Tsunami politik mengombak tanpa sesiapa yang menjangkakannya, melambung kadar undi popular pembangkang ke paras 48 peratus, menjadi pemisah zaman yang mengubah landskap politik Malaysia walaupun tidak kesampaian untuk menawan Putrajaya.

PRU13 pada tahun 2013 menyaksikan pertarungan paling sengit antara dua gandingan parti politik dalam sejarah. Sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan Rakyat melonjak sehingga 85 peratus, namun masyarakat Melayu menambat langkah dan memilih untuk mengekalkan Umno-BN sebagai kerajaan persekutuan. Slogan “Ini kalilah”, terpaksa berakhir dengan “Lain kalilah”.

Kini, ramai yang ghairah untuk meramalkan “tsunami Melayu” dalam PRU14, yang bakal diadakan dalam tempoh kurang dari setahun bermula sekarang. Mereka yang cuba mengambil pengajaran dari sejarah mula bimbang, apakah sejarah PRU10 akan berulang, dengan lonjakan sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan, tetapi menyaksikan penurunan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu (khususnya Cina), sehingga gagal dicukupkan momentum untuk menawan Putrajaya?
Undi Cina telah diumpamakan sebagai “deposit tetap” untuk pembangkang buat kedua-dua PRU12 dan PRU13. Persoalannya, sejauh manakah stamina sokongan pengundi Cina untuk pembangkang bertahan? Apakah ia telah tepu pada paras 85 peratus, atau masih ada ruang untuk dilonjakkan? Mungkinkah sentimen ini menyurut, dan sokongan pengundi Cina berpaling kepada BN semula? Mengapa suasana politik dalam


Demikianlah Artikel Stamina pengundi Cina pada pembangkang

Sekianlah artikel Stamina pengundi Cina pada pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Stamina pengundi Cina pada pembangkang dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/stamina-pengundi-cina-pada-pembangkang.html
masyarakat Cina kurang hangat, jika dibandingkan dengan waktu-waktu menjelang PRU13?

Kehangatannya mendingin

Beberapa petanda pasca PRU13 harus diteliti. PRK Teluk Intan pada Mei 2014 menyaksikan penurunan undi Cina kepada pembangkang, dari 85 peratus kepada 70 peratus, sehingga DAP gagal mempertahankan kerusi parlimen tersebut. Dua tahun kemudian, DAP kehilangan lima kerusi DUN dalam PRN Sarawak, daripada 15 yang dikuasainya pada tahun 2011. Malah, sehingga pilihan raya kecil kembar terakhir sebelum PRU14, iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada Jun 2016, pembangkang nampaknya masih gagal memulihkan sokongan pengundi Cina ke tahap 85 peratus.

Dari segi penglibatan gerakan sosial, Himpunan BERSIH 4 pada Ogos 2015 memperlihatkan penyertaan aktif masyarakat Cina, namun momentum ini tidak bertahan sehingga BERSIH 5 pada November 2016. Forum (bahasa Cina) yang membincangkan isu-isu semasa tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan sebagaimana dahulu; malah perbincangan isu semasa dalam laman sosial juga hilang fokusnya.

Jikalau diimbas tempoh setahun menjelang PRU13, dengan senang komuniti Cina dikerah. Wong Tuck, yang tidak dikenali langsung sebelum isu Lynas muncul, disambut hangat. Dengan hanya mengumumkan keputusan untuk berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai tekad menolak Lynas, segala-galanya diaturkan oleh sukarelawan dari setiap pelosok. Kaum ibu yang ketika itu menubuhkan “Mama BERSIH”, turut serta sebagai tanda solidariti. Momentum ini bergolek melalui laman sosial, sehingga akhirnya ia meledak.

Tidak terlampau jika ada yang menyifatkannya sebagai zaman “petik jari saja, ribuan turut serta”. Mana-mana politikus BN yang terlanjur kata, akan disanggah, disindir dan dikecam teruk di laman sosial. Fans Page ditubuhkan untuk membuktikan kepada penguasa bahawa “kami mempunyai angka yang lebih besar”. Misalnya apabila Najib menubuhkan page rasminya Ah Jib Gor, maka penyokong pembangkang menubuhkan Ah Wah Gor untuk Anwar Ibrahim. “Like” yang diperoleh page Anwar ini memintas angka “Like” Ah Jib Gor dalam masa 24 jam ketika itu. Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa, tidak kena pada tempatnya.

Persoalannya, berapa agaknya susuk tubuh manusia yang mampu dikerah ke jalan raya, jikalau seseorang pemimpin politik mahupun NGO tampil dan memanggil satu himpunan membantah kenaikan harga minyak sekarang? Jangankan turun ke jalan raya, masakan tubuh “page” di Facebook pun sukar mencecah angka 20,000 “Like”.

Kebuntuan politik

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, mengapa? Faktornya banyak, dan saling berkaitan. Rombakan landskap politik pasca PRU13 antara punca utama. Pengundi Cina yang mencurah seluruh keringatnya untuk menyokong PAS dalam PRU13, menganggap dirinya dikhianati. Mereka menyokong “PAS untuk Semua”, tetapi ia berakhir dengan “PAS untuk Ulama” setelah pemimpin yang lebih progresif dicantas dalam pemilihan parti pada Jun 2015. Tema “Negara Berkebajikan” dibakulsampahkan, diganti dengan tekad pelaksanaan hudud dan retorik yang memusuhkan Muslim dengan non-Muslim. Lebih-lebih lagi, PAS kini kelihatan lebih mesra untuk didampingi Umno, berbanding bekas rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat.Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :