Judul : Undi HARAPAN bermakna mengundi DAP sembang anak Hadi
link : Undi HARAPAN bermakna mengundi DAP sembang anak Hadi
Undi HARAPAN bermakna mengundi DAP sembang anak Hadi
Demikianlah Artikel Undi HARAPAN bermakna mengundi DAP sembang anak Hadi
Sekianlah artikel Undi HARAPAN bermakna mengundi DAP sembang anak Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Undi HARAPAN bermakna mengundi DAP sembang anak Hadi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/09/undi-harapan-bermakna-mengundi-dap.html
Jentera Pemuda PAS akan bertindak selaku pelincir utama yang ‘supportive’ terhadap tugas-tugas pilihan raya, termasuk bersedia selaku calon untuk merealisasikan peranan memimpin.
Kami juga siap siaga menempuh cabaran pertembungan berapa penjuru sekali pun yang mungkin berlaku dengan strategi diolah sesuai lunas demokrasi serta peraturan pilihan raya.
Dalam pertarungan yang berlaku nanti, parti mana jua kami hadapi atau menentang kami, bererti mereka adalah musuh untuk kami tewaskan.
Oleh itu, kami tegaskan, tiada sebarang kompromi kepada BN mahupun Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kami melihat PRU14 sebagai medan yang semakin unik dan penuh cabaran, kesan daripada pelbagai perubahan dalam negara, terutama keterbukaan minda rakyat, selain perpecahan parti pemerintah.
Ini menjadikan potensi setiap parti turut berubah dan PAS yakin dapat mencapai kejayaan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen dan empat negeri, dengan izin Allah.
Selama 62 tahun di bawah pemerintahan BN (dahulu Perikatan), negara masih diselimuti oleh pelbagai kebejatan, salah urus tadbir, kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan.
Malaysia kini menanggung pelbagai bebanan, risiko dan ancaman dalam keadaan perpaduan dan integriti paling lemah.
BN gagal mempertahankan sebegitu banyak lunas penting dalam Perlembagaan Malaysia dan kontrak sosial.
Mahu jadi dominan
Kini kerap kali Islam sebagai agama persekutuan; kedaulatan raja-raja Melayu; hak keistimewaan Melayu; bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; tanah rizab Melayu; dan hak bangsa serta penganut agama lain; dicabar dan diremehkan.
Ia menyebabkan gugatan kepada keharmonian dalam negara yang berpunca daripada pencabulan pernah dilakukan Umno-BN sendiri.
Pada ketika sama, pertembungan politik dalam negara menjadi semakin tajam dan lebih menjurus kepada penguasaan kedudukan serta bermotif untuk saling menjatuhkan.
Kesannya wujud sikap melampau yang dilatari dengan kontroversi, sensasi, manipulasi dan provokasi termasuk kebiasaan fitnah dan ugutan. Semua ini menjadikan suhu politik sentiasa panas, tegang dan memualkan rakyat.
Malah, kemaruk kuasa menyaksikan terdapat pihak dari HARAPAN yang berhubungan dan mengundang entiti asing. Ia merisikokan campur tangan luar yang boleh menjahanamkan negara seperti terjadi pada beberapa negara di Timur Tengah.
Paling dikesali apabila menjadikan Islam sebagai mangsa dan sasaran serangan dengan mempertikai dan menghina serta membibitkan pelbagai rasa tidak puas hati.
Read More / Baca Lagi >>