9 daripada 10 warga kota jangka kos makin tinggi 10 tahun lagi

9 daripada 10 warga kota jangka kos makin tinggi 10 tahun lagi - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 9 daripada 10 warga kota jangka kos makin tinggi 10 tahun lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 9 daripada 10 warga kota jangka kos makin tinggi 10 tahun lagi
link : 9 daripada 10 warga kota jangka kos makin tinggi 10 tahun lagi

Baca juga


9 daripada 10 warga kota jangka kos makin tinggi 10 tahun lagi



Demikianlah Artikel 9 daripada 10 warga kota jangka kos makin tinggi 10 tahun lagi

Sekianlah artikel 9 daripada 10 warga kota jangka kos makin tinggi 10 tahun lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 9 daripada 10 warga kota jangka kos makin tinggi 10 tahun lagi dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/9-daripada-10-warga-kota-jangka-kos.html
SEMBILAN daripada 10 rakyat Malaysia di kawasan bandar seperti Lembah Klang, Johor Bahru dan George Town menjangkakan kos sara hidup lebih tinggi (92%), lebih kepadatan populasi (85%) dan semakin banyak bandar tidak terancang (82%) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Lebih separuh daripada mereka berkata hidup hanya sekadar boleh diterima atau tidak gembira, menurut dapatan kaji selidik atas talian.
Kaji selidik selama sebulan dikendalikan TheEdgeProperty.com-Lafarge, Kegambiran dalam Indeks Bandar 2017 itu mendapati 43% responden berkata hidup di kawasan bandar hanya di tahap boleh diterima sementara 10% lagi berkata mereka tidak gembira.
Baki 48% berkata mereka sama ada sangat gembira (18%) atau gembira (30%).
Kaji selidik atas talian itu merekodkan input daripada 1,786 penduduk dari Lembah Klang 1,273), Pulau Pinang (321) dan Johor Bahru (202). Menurut data Bank Dunia, lebih 75% populasi Malaysia tinggal di kawasan bandar.
Kaji selidik itu mendapati mereka yang tinggal di Pulau Pinang (77%) paling gembira diikuti Johor Bahru (61%) dan Lembah Klang (49%).
Penduduk Lembah Klang berkata mereka suka ibu kota itu untuk aktiviti hiburan (77%), kebolehcapaian (74%) dan peluang pekerjaan (74%).
Penduduk di Pulau Pinang sukakan George Town kerana aktiviti hiburannya (69%) dan kepentingan sejarah (64%) sementara mereka di Johor Bahru suka suasana mesra keluarga (62%) dan kebolehcapaian (59%).
Semua warga kota bersetuju yang isu penting dalam kualiti kehidupan dan kesejahteraan peribadi menjadi keutamaan mereka.
Kaji selidik itu mendapati kos sara hidup (82%), keselamatan (77%) dan pencemaran (61%) adalah kebimbangan utama mereka.
Kira-kira separuh daripada responden di Pulau Pinang dan Johor Baru turut menjangkakan bandar yang lebih hijau dan indah.
Ketika ditanya mengenai ciri bandar yang boleh didiami, responden berkata sistem pengangkutan integrasi paling penting, dengan pendapatan tinggi dan peluang pekerjaan.
Responden di Lembah Klang juga mahukan perumahan lebih berkualiti sementara penduduk Pulau Pinang dan Johor Baru berkata mesra alam sekitar adalah ciri tambahan penting untuk bandar yang mereka ingini.
Kaji selidik itu diadakan pada 28 April hingga 28 Mei pada tahun ini dan ia sebahagian daripada kempen Kegembiraan Malaysia di Bandar Lafarge untuk pembangunan mapan.

Subscribe to receive free email updates: