Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ

Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ
link : Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ

Baca juga


Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ

Usaha itu dilakukan beberapa anggota exco FAM yang seringkali tidak sependapat dengannya, kata Tunku Ismail.
fam-tmj
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan terdapat cubaan beberapa exco dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang cuba menyingkirnya daripada jawatan presiden FAM.
TMJ menegaskan usaha-usaha itu dilakukan beberapa anggota exco FAM yang seringkali tidak sependapat dengannya dalam soal menguruskan hal bola sepak negara.
“Sebagai presiden, saya tahu benda ini tengah berlaku tetapi selagi saya berada dalam FAM, jangan haraplah,” tegas TMJ kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini.
Tunku Ismail menegaskan usaha menyingkirkan beberapa individu dalam pucuk kepimpinan tertinggi bola sepak Malaysia itu, tidak hanya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) Kevin Ramalingam, malah turut dihadapinya sendiri.


Demikianlah Artikel Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ

Sekianlah artikel Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada cubaan singkir presiden FAM, kata TMJ dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/ada-cubaan-singkir-presiden-fam-kata-tmj.html
data-google-query-id="CIiGk6CX19YCFQmFaAodPn0P1A" id="div-gpt-ad-1462811451620-0"> TMJ berkata demikian ketika diminta mengulas kononnya terdapat cubaan untuk menyingkirkan Kevin Ramalingam daripada FMLLP, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.
Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail bertitah beberapa penstrukturan akan dilakukan dalam kelab JDT tahun depan.
Penstrukturan ini termasuk melantik bekas pemain pasukan itu Luciano Figueroa sebagai duta kelab dan duta hubungan antarabangsa selain menjadikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani sebagai Pengerusi Yayasan JDT.
Tunku Aminah Sultan Ibrahim, Datuk Ismail Karim, Alistair Edwards dan Martin J Hugo Prest pula, masing-masing kekal sebagai presiden Kelab JDT, presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), pengarah teknikal JDT dan pengarah sukan JDT.
TMJ bertitah penstrukturan itu akan membolehkan JDT mendapat lebih banyak penajaan daripada syarikat-syarikat antarabangsa serta mencatat bukan sekadar pencapaian di atas padang, malah di luar padang.
Mengenai pemain import baharu pada musim depan, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab JDT bertitah seorang atau 2 pemain dijangka dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan berkenaan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :