Judul : Artis jayakan acara penutup Sukan SEA dakwa tak dapat bayaran
link : Artis jayakan acara penutup Sukan SEA dakwa tak dapat bayaran
Artis jayakan acara penutup Sukan SEA dakwa tak dapat bayaran
Demikianlah Artikel Artis jayakan acara penutup Sukan SEA dakwa tak dapat bayaran
Sekianlah artikel Artis jayakan acara penutup Sukan SEA dakwa tak dapat bayaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Artis jayakan acara penutup Sukan SEA dakwa tak dapat bayaran dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/artis-jayakan-acara-penutup-sukan-sea.html
Penyanyi Adibah Noor dalam nada menyindir berkata kerajaan gagal membuat bayaran kerana sibuk dengan Bajet 2018.
PETALING JAYA: Dua bulan selepas acara penutup Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), beberapa artis mendakwa mereka belum menerima bayaran bagi persembahan yang dijayakan.Salah seorang penyanyi, Datuk Zainal Abidin berkata mereka berkecil hati kerana dilayan seperti “bola” yang ditendang ke sana ke sini untuk mendapatkan bayaran selepas selesai melaksanakan tugas.
Beliau yang popular dengan lagu “Hijau” berkata kegagalan membuat bayaran itu menjejaskan beberapa artis dan pihak pengurusan.
“Bukan menteri saja nak kehidupan mewah, kami golongan artis juga mahu kehidupan yang baik,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Beliay juga berkata sudah memaklumkan perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
Selain Zainal, ratu rock Ella, Amy Search, Datuk David Arumugam, Siti Nordiana, Faizal Tahir, Francissca Peter dan Hijjaz turut diundang menjayakan acara tersebut.
David yang juga vokalis Alleycats berkata beliau belum menerima bayaran tersebut tetapi tidak risau dengan apa yang berlaku.
“Saya tak risau sebab sudah banyak kali bekerja dengan mereka. Saya percaya mereka,” katanya.
Manakala pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi berkata beliau sudah mendapat bayaran yang dijanjikan. Ella pula enggan mengulas lanjut.
Semalam dilaporkan penyanyi Adibah Noor membangkitkan isu bayaran untuk artis yang membuat persembahan semasa acara penutup KL2017 di media sosial.
“Sedih dengar keluhan kawan-kawan yang perform kat Closing Sea Games masih belum dapat bayaran. Alasan: Sibuk dengan #Bajet2018. Segerakanlah,” tulisnya di Twitter.
Adibah mendakwa selepas beliau menulis mengenainya di media sosial, ramai yang mengadu mereka belum menerima bayaran.
Sementera itu, Pegawai Unit Media dan Komunikasi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (Masoc) Fahmi Omar berkata sebuah syarikat dilantik melalui tender dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menguruskan persembahan pembukaan dan penutup acara berkenaan.
“Justeru sama ada artis sudah mendapat bayaran atau tidak, ia adalah urusan syarikat berkenaan,” katanya yang meminta artis tidak menyalahkan kerajaan kononnya tidak membuat bayaran kepada syarikat berkenaan.