Bajet Kleptokrasi: Wan Azizah persoal peruntukan pembangunan dikurangkan

Bajet Kleptokrasi: Wan Azizah persoal peruntukan pembangunan dikurangkan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bajet Kleptokrasi: Wan Azizah persoal peruntukan pembangunan dikurangkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet Kleptokrasi: Wan Azizah persoal peruntukan pembangunan dikurangkan
link : Bajet Kleptokrasi: Wan Azizah persoal peruntukan pembangunan dikurangkan

Baca juga


Bajet Kleptokrasi: Wan Azizah persoal peruntukan pembangunan dikurangkan



Demikianlah Artikel Bajet Kleptokrasi: Wan Azizah persoal peruntukan pembangunan dikurangkan

Sekianlah artikel Bajet Kleptokrasi: Wan Azizah persoal peruntukan pembangunan dikurangkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bajet Kleptokrasi: Wan Azizah persoal peruntukan pembangunan dikurangkan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/bajet-kleptokrasi-wan-azizah-persoal.html
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoal kenapa peruntukan persekutuan untuk belanja pembangunan dikurangkan kepada hanya RM46 bilion dalam Bajet 2018 yang baru itu.
Wan Azizah mendakwa ia paling rendah dalam sejarah. Peruntukan pembangunan hanya sebanyak 16.4 peratus daripada keseluruhan bajet yang berjumlah RM280.25 bilion itu, manakala sebanyak RM234 bilion (83 peratus) diperuntukkan untuk belanja operasi.
Menurut beliau, peratusan belanja pembangunan telah dikurangkan daripada 27.78 peratus pada 2010, 23.9 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2017 ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"(Hanya 16.4 peratus sahaja daripada peruntukan pembangunan pada 2018, ia suatu) nisbah yang paling rendah dalam sejarah negara iaitu 17 peratus selepas 60 tahun negara kita merdeka," kata beliau ketika membahaskan bajet di Dewan Rakyat hari ini.
"Apa kesan dan akibat langsung kepada pembangunan negara dan manfaat rakyat dari penguncupan ini?
"Jawapannya mudah, kita jangkakan pembangunan infrastruktur luar bandar untuk kemudahan rakyat akan berkurangan," kata beliau.
"Kontraktor kecil yang rata-ratanya bumiputera yang kebiasaannya akan menikmati manfaat dari projek kecil pembangunan ini akan terjejas teruk, dan penyumbang ekonomi luar bandar akan turut terkesan," tambah beliau menjelaskan peluang pekerjaan untuk graduan baru juga akan terkesan.
"Sudahlah syarikat kontraktor sederhana dan kecil tidak ada projek, lalu apa kesudahan hidup golongan ini, takkan semua nak jadi GRAB Driver?" kata beliau.

Subscribe to receive free email updates: