Judul : BILA PULA HADI MAHU BERTAUBAT DAN MINTA MAAF?
link : BILA PULA HADI MAHU BERTAUBAT DAN MINTA MAAF?
BILA PULA HADI MAHU BERTAUBAT DAN MINTA MAAF?
Kata beliau, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya bertaubat kerana menjadi punca kepada kerosakan sistem negara, pengurangan kuasa Raja-Raja, amalan demokrasi yang tempang dan menjadi diktator ketika zamannya.
"Semua kesalahan ini beliau tidak mengaku dan tidak meminta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salah lakunya. Ini menunjukkan beliau tidak jujur untuk selamatkan Malaysia.
"Yang beliau mahu adalah jatuhkan Najib sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, Amanah dan Bersatu adalah sama dengan mengundi dan mengiyakan kezaliman Mahathir," kata Hadi.
Memang tidak dinafikan ketika Tun Mahathir berkuasa dahulu, terdapat beberapa kelemahan atau ketidakwajaran yang telah dilakukannya.
Tetapi, sebahagian daripada ketidakwajaran itu, beliau bukan saja sudah mengakuinya, bahkan turut meminta maaf dengannya.
Ini menunjukkan beliau bukan saja ikhlas untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerosakan yang dilakukan oleh Najib, bahkan tiada sebab lagi untuk terus meraguinya.
Berkaitan pengurangan kuasa Raja-Raja, Tun Mahathir sebenarnya sudah pun meminta maaf kepada Agong pada 25 Ogos 2016 yang lalu.
Demikianlah Artikel BILA PULA HADI MAHU BERTAUBAT DAN MINTA MAAF?
Sekianlah artikel BILA PULA HADI MAHU BERTAUBAT DAN MINTA MAAF? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BILA PULA HADI MAHU BERTAUBAT DAN MINTA MAAF? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/bila-pula-hadi-mahu-bertaubat-dan-minta.html
line-height: normal; margin: 0px; min-height: 26px;">
Ia bukan saja kerana mereka sama-sama menyedari bahawa Najib jauh lebih penting untuk disingkirkan daripada memikirkan kesalahan lalu Tun Mahathir, malah ianya jua akan dijadikan ramuan penting untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang.
Beliau meminta maaf berikutan tindakannya mengurangkan kuasa Raja-Raja melalui pindaan perlembagaan itulah yang akhirnya menyebabkan Akta Majlis Keselamatan Negara dipinda oleh Najib yang membolehkannya mengisytiharkan darurat di kawasan-kawasan tertentu, meskipun tidak ditandatangani oleh Raja-Raja.
Berhubung apa yang dilakukannya kepada Anwar Ibrahim, Tun Mahathir telah pun mengunjungi bekas Timbalan Perdana Menteri di mahkamah beberapa kali dan bersalam-salaman dengannya.
Meskipun tiada kata maaf diungkapkan secara nyata, kesediaan Anwar menerima kunjungan Tun Mahathir secara empat mata dan bersalaman dengan erat memperlihatkan hubungan mereka sudah kembali jernih seperti sediakala.
Selain Anwar berkali-kali sudah memaafkan dan mengatakan tiada dendam antara beliau dengan Tun Mahathir, hubungan yang mesra antara Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah dengan bekas Perdana Menteri itu sekarang dan Tun Mahathir juga menerima mereka seadanya, hakikatnya tiada apa-apa isu lagi tentang hubungan kedua-dua pemimpin berkenaan.
Begitu juga pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan lain yang pernah dipenjara atau dikenakan tindakan lain semasa era kepimpinan Tun Mahathir, mereka turut menunjukkan jiwa besar dengan sedia memaafkan apa yang pernah berlaku kepada mereka dahulu.
Dengan beberapa bukti di atas, tuntutan Hadi bahawa Tun Mahathir perlu bertaubat dan meminta maaf sebenarnya tidak lagi berbangkit. Selain Tun Mahathir sudah melakukannya, pihak yang terlibat turut memaafkannya.
Sebaliknya, terlanjur Hadi sendiri mengungkit kezaliman lama Tun Mahathir, apakah beliau sendiri pernah bertaubat dan meminta maaf berhubung kezalimannya kepada umat Islam dengan mengeluarkan "Amanah Hadi" pada tahun 1981 dahulu?
Read More / Baca Lagi >>