Congak politik negeri Serambi Mekah

Congak politik negeri Serambi Mekah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Congak politik negeri Serambi Mekah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Congak politik negeri Serambi Mekah
link : Congak politik negeri Serambi Mekah

Baca juga


Congak politik negeri Serambi Mekah

Oleh Azran Fitri Rahim

POLITIK Kelantan pasca Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak semeriah dahulu. Gaya kepemimpinan pengganti allahyarham amat berbeza, lebih senyap. Tidak ada cerita menarik daripada Datuk Ahmad Yakob. Malah beliau seboleh mungkin mahu mengelak daripada alat perakam atau kamera televisyen daripada diacukan ke depan mukanya.
Bagi wartawan, Ahmad bukan pembikin pemberita. Jika beliau menghadiri program, amat jarang sekali sidang akhbar diadakan. Malah kalau ada sekali pun, hanya menyentuh mengenai program dan jarang juga beliau menyentuh soal politik semasa. 
Pun begitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu amat tenang biarpun sejak akhir-akhir ini pentadbirannya dikocak dengan amat kuat oleh golongan serpihan Pas yakni Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
Pelbagai cerita didedahkan hatta yang bukan ketika di bawah pentadbiran beliau diletakkan di atas bahunya. Itu belum lagi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), perang mulut secara terbuka


Demikianlah Artikel Congak politik negeri Serambi Mekah

Sekianlah artikel Congak politik negeri Serambi Mekah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Congak politik negeri Serambi Mekah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/congak-politik-negeri-serambi-mekah.html
di antara Husam dan anggota Exco Kerajaan Pas Kelantan. Dan Ahmad tetap tenang dibangkunya. Biar diserang hebat, ada yang beranggapan Pas tetap utuh di Kelantan kerana PAN tidaklah sehebat mana di kampung-kampung cuma dua tiga pemimpinnya sahaja yang bergegar di kedai kopi dan jarang-jarang kelihatan bendera berwarna oren. 
Namun apakah benar PAN tidak kuat kerana sehingga hari ini tidak ada para meter yang jelas untuk mengukur kekuatan parti baharu itu. 
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Pas menang di 32 daripada 45 kerusi DUN. Satu kerusi dimenangi oleh sekutunya, PKR manakala 12 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) yakni UMNO. 
Perpecahan yang berlaku dalam Pas tidak memberikan kesan yang besar di kerusi DUN, hanya seorang sahaja terkeluar iaitu Husam. 
Beberapa ADUN lagi disebut-sebut untuk menyertai PAN tetapi tidak menjadi kenyataan sehingga hari ini kerana mereka diikat kuat oleh bai’ah talak tiga terhadap semua isteri mereka. Namun dalam perut ADUN terbabit tidak siapa yang tahu cuma tunggu DUN dibubarkan. 
Daripada 32 kerusi tersebut, 17 dimenangi dengan majoriti di bawah 2,500 undi manakala 11 di bawah 1,000 undi. Maksudnya Pas juga dalam keadaan tidak selamat. 
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :