Judul : Dari degup jantung Tok Guru
link : Dari degup jantung Tok Guru
Dari degup jantung Tok Guru
Tulisan kali ini ialah liputan seputar tragedi Tok Guru yang diganggu serangan jantung tanggal 22 Julai 2004 pada usia 73 tahun.
Sejurus sebelum beliau ditolak ke dewan bedah untuk menjalani rawatan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN), saya telah diminta meninggalkan sesuatu. Ini berikutan celoteh kami pada malam sebelum itu mengenai isi dan matan penting yang terkandung dalam kitab Hikam karangan Syekh Ibnu Atha'illah, mursyid ketiga dari Thariqah Syadziliyah.
Keesokan harinya, dari Jalan Stonor saya bergegas dengan teksi pada pagi itu untuk menunaikan sebuah janji. Rupanya dia serius. Dia benar-benar menunggu.
Setibanya di IJN saya termengah-mengah mengejarnya yang sedang ditolak. Dalam lembut tetapi tegas, beliau meminta staf IJN yang menolak kerusi rodanya agar berhenti.
Saya lalu menyerahkan kitab itu dan mengesahkan yang saya memang membawanya dari Kota Bharu. Dia lalu membelek dan memerhati lama pada satu lembaran yang tidak dapat saya cam setepatnya halaman itu.
Setelah berlamaan menatap, dia senyum memandang saya sambil tunduk sedikit; seakan matanya ingin memberitahu yang dia akan diuji sebentar lagi – sengit nanti di sana.
Aduh, alangkah sayunya saya di ketika itu. Cukup berat untuk saya melepaskannya. Sesudah itu, dengan seizin-Nya - masya Allah - Tok Guru masih “dibangunkan semula” .
Kuliah sulung seusai rawatan
Memecahkan kesunyian di Kota Bharu kira-kira sebulan kemudian, saya masih ingat detik beliau memulakan kuliah sulung selepas pembedahan itu.
Tok Guru dipakaikan dengan busana kuning manja memimpin kuliah Jumaat itu. Kali ini - sedikit menyalahi adat - kuliah berkenaan tidak diadakan seperti selalu di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati sebaliknya diatur di JKR 10 iaitu kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di Jalan Kampung Sireh.
Tidak pernah saya melihat orang menunggu, berdiri, duduk-duduk dan bersila rapat-rapat serapi pagi itu yang di sambut mentari samar yang seakan merestui. Dan, tidak pernah lagi saya menyaksikan khalayak tunduk sesayu itu – diam sungguh dan khusyuk sungguh.
Sampai ke hari ini, tiada bahasa yang mampu saya ungkapkan untuk menggambarkan suasana berkenaan. Mungkin hingga sampai ke bila-bila saya tidak akan menemui kata-kata untuknya.
Suasana insaf dan ikhlas yang menyelubungi sela-sela orang bersila berlaga lutut di kala itu menyebabkan angin pagi yang berhembus halus itu seakan terhenti. Alam bagai bersatu; masing-masing seakan akur merestui kehadiran sesusuk tubuh untuk menghantar salam rindu.
Seusai bermukaddimah, dengan suara yang cukup rendah Tok Guru memulakan. Untuk kali ini, demi memudahkan jangkauan izinkan saya menulis dalam bahasa Melayu baku. Inilah matan-matan penting kata-katanya pada waktu itu:
“Saya telah diisytiharkan mati melalui SMS yang dibiarkan beredar liar, merebak di angkasa oleh sesetengah pihak. Bagaimanapun, rupanya takdir Allah mengatasi tadbir keruh yang diatur oleh musuh. Allahu Akbar!
"Sambil mematuhi proses rawatan seperti yang diatur jadualnya oleh pakar-pakar jantung di Hospital Perdana, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, IJN di Kuala Lumpur, fikiran saya masih tidak henti-henti merenung akan tujuan setiap pihak yang selama ini amat kelihatan memusuhi saya.
"Datuk Seri perdana menteri misalnya pernah menghantar kawat dari Perancis mengarahkan pakar jantung terbaik dari Kuala Lumpur diterbangkan ke Kota Bharu untuk memberikan rawatan terbaik kepada saya.
"Rencana tetap di dalam Mingguan Malaysia yang sangat sinis terhadap saya selama ini - entahkan

Demikianlah Artikel Dari degup jantung Tok Guru
Sekianlah artikel Dari degup jantung Tok Guru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dari degup jantung Tok Guru dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/dari-degup-jantung-tok-guru.html
bagaimana - sedia membuat temu ramah dengan beberapa pemimpin Umno dan menurunkan respon yang cukup bersahabat mengenai saya.
"Ia berbunyi begini:
"Ringkasnya, saya baru diberi peluang dan mula dibanjiri pujian setelah cemas bersabung nyawa. Begitu rupanya nasib manusia pembangkang di Malaysia!
Keluar kepala hilang ekor
"Saya melihat perkembangan ini dalam dua kemungkinan. Satu, dengan berpandangan baik dan satu lagi agak ragui layanan pihak berkuasa.
"Jika berpandangan baik, ia boleh jadi begini: Boleh jadi, saya sememangnya tidak salah menegur kerajaan. Saya memang berhujah. Semua pendirian dan teguran saya yang dibina berdalilkan al-Quran dan as-sunnah. Tak pernah menyeleweng.
"Boleh jadi selama ini Umno menolak dan mengherdik saya; ada kalanya menyekat, menyembunyi malah memutuskan saya daripada terus berkomunikasi dengan rakyat; bukan sangat kerana dakwah saya songsang. Boleh jadi hati kecil mereka berkata: “ya” tetapi kerana dendam (baghyan), dengki (hasadan), dan sengaja suka berbuat jahat (‘adwan) – mereka terpaksa mengatakan “tidak”.
"Oleh sebab itu, tidak hairanlah apabila saya sentiasa diserang di atas apa jua kenyataan yang saya keluarkan. Semua yang saya kata akan ditafsirkan terbalik.
"Lebih malang apabila saya dinafikan langsung hak untuk berhujah, menjelas dan mempertahankan diri dengan selesa. Jika dikeluarkan sekalipun, keluar ekor hilang kepala. Keluar kepala, hilang ekor!
"Saya berani mengatakan bahawa setiap isu yang saya jawab sering ditutup atau diredakan serta-merta apabila terlihat mata panah jawapan saya mengenai batang hidung Umno dan sekutunya. "Boleh jadi juga, Umno sudah tidak mampu lagi melawan arus pengaruh yang dibawa oleh pemimpin PAS. Mereka terpaksa mengakuinya, suka atau tidak. Dalam keadaan pengaruh PAS yang tidak mati-mati, Umno sedar bahawa menyekat dan bertindak terlebih dan keterlaluan boleh memusnahkan Umno.
"Dalam kesempatan saya yang keuzuran ini, Umno cuba menyarung imej baru - sebagai parti yang penyanyang dan penuh kasihan belas. Mereka tentu sedar bahawasanya jika saya terus diremehkan, masyarakat Malaysia akan semakin membenci mereka.
"Menyekat pengaruh PAS dalam suasana ini boleh melemaskan mereka. Umno akan dilihat zalim, tidak logik, dan hilang kewarasan jika masih degil menyerang saya atau menyembunyikan saya daripada pemberitaan. Menekan saya secara berterusan bererti merosakkan imej Umno secara berpanjangan.
"Perkataan-perkataan berupa harapan dan penghargaan daripada pemimpin Umno dalam Mingguan Malaysia seperti yang saya telah petik tadi benar-benar membuktikannya. Umno sudah tidak mampu menolak.
"Jadi, jika saya diiktiraf seorang yang banyak jasa, didoakan agar cepat sembuh dan kembali semula menjadi menteri besar dan mursyidul am, maka dapatlah kita lihat di mana letaknya gesaan pemimpin-pemimpin Umno negeri yang selalu memperlekehkan saya sebelum dan selama ini.
"Mana satu yang jujur? Mereka jujur mahu saya tinggalkan jawatan kerana kononnya tidak mampu, atau kembali mengetuai pemerintahan untuk menyambung kerjaya mulia saya - menabur jasa bakti kepada rakyat seperti yang diiktiraf sendiri olen pemimpin Umno juga. Mana satukah?
Read More / Baca Lagi >>
"Ia berbunyi begini:
- Mursyidul Am Pas itu mempunyai banyak jasa kepada agama, bangsa dan Negara - Abdul Kadir Sulong, Kubang Kerian, Kelantan
- Sebagai seorang Muslim, saya berdoa kepada Allah agar mengembalikan kesihatan Nik Aziz supaya beliau dapat terus memimpin ummah. Beliau masih diperlukan - Datuk Shafie Daud, Gong Kiat, Kuala Terengganu
- Saya juga berdoa kepada Allah agar Nik Aziz cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan seperti sedia kala - Timbalan Pengarah JASA Terengganu, Abdul Hamid Ahmad