Dedak Kleptokrasi: Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London

Dedak Kleptokrasi: Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dedak Kleptokrasi: Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dedak Kleptokrasi: Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London
link : Dedak Kleptokrasi: Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London

Baca juga


Dedak Kleptokrasi: Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London



Demikianlah Artikel Dedak Kleptokrasi: Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London

Sekianlah artikel Dedak Kleptokrasi: Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dedak Kleptokrasi: Clare dakwa Hadi, Najib pakat eksploitasi prosiding kes di London dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/dedak-kleptokrasi-clare-dakwa-hadi.html
Editor Sarawak Report mendakwa ada pegawai yang mendapat manfaat daripada pembayaran rahsia besar Najib untuk mengeluarkan parti itu daripada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Clare-Rewcastle-Brown-3
Clare Rewcastle Brown mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakat dengan Datuk Seri Najib Razak atau ejennya untuk mengeksploitasi prosiding mahkamah di London dalam usaha melepaskan perdana menteri.
Menerusi tuntutan balas dalam respons terhadap saman fitnah difailkan Hadi, editor laman web pemberi maklumat itu berkata, mereka mahu mencemarkan nama baiknya dan Sarawak Report dalam kempen menggulingkan Najib dan membawanya ke muka pengadilan atas dakwaan rasuah dan salah laku jenayah.
Menerusi dokumen mahkamah yang dilihat FMT, Clare berkata, Hadi sendiri atau ejennya terbabit dalam penerbitan satu siri artikel untuk memfitnah dan menyerangnya secara kejam di laman web Third Force dan Malaysia Today.
Dalam tuntutan balas yang difailkan pada 11 Oktober lalu, wanita itu berkata, penerbitan berkenaan ialah gangguan dan beliau mahu mahkamah memerintah bayaran ganti rugi atas tekanan dan kebimbangan dihadapinya serta injunksi untuk menghalang Hadi melakukan gangguan lanjut.
Peguam, SN Nair berkata, Clare akan mendapat kos dan ganti rugi, jika mahkamah menolak saman difailkan Hadi dan membenarkan tuntutan balas itu.
Presiden PAS itu memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu, terhadap satu artikel Sarawak Report 6 Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha perdana menteri “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Clare dalam pembelaannya terhadap saman fitnah Hadi berkata, pemimpin PAS itu tidak dinamakan atau dikenal pasti sebagai objek dalam mana-mana kenyataan dalam artikel berkenaan.
Beliau berkata, membenarkan tindakan Hadi sebagai orang yang disebut dalam artikel itu ialah campur tangan tidak wajar, tidak perlu dan tidak adil serta menghalang hak kebebasan bersuara beliau dan orang ramai, khasnya dalam membincangkan isu politik.
Clare berkata, Seksyen 1 Akta Fitnah 2013 menyatakan perlu ada bukti terhadap penerbitan kenyataan yang didakwa mendatangkan kerosakan serius kepada reputasi Hadi.
Beliau bagaimanapun menafikan Hadi menghadapi kerosakan serius itu.
Clare berkata, Hadi memfailkan saman itu bukan untuk melindungi imej sendiri, sebaliknya untuk tujuan tidak sah bagi melindungi reputasi dan tujuan politik PAS serta sekutu politiknya, Najib.
Katanya, kenyataan dalam artikel itu ialah kepentingan awam, iaitu mengenai kegiatan dan sejarah rasuah serta jenayah, kelakuan dan pengaruh kerajaan, politik dan proses kehakiman di Malaysia serta sama ada Najib sesuai memegang jawatan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: