Judul : Dikeko membahayakan Pas Kelantan
link : Dikeko membahayakan Pas Kelantan
Dikeko membahayakan Pas Kelantan
Demikianlah Artikel Dikeko membahayakan Pas Kelantan
Sekianlah artikel Dikeko membahayakan Pas Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dikeko membahayakan Pas Kelantan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/dikeko-membahayakan-pas-kelantan.html
Dikeko di Laklah yang mendapat sambutan hangat. |
Apakah kolaborasi itu tidak akan mengugat kerajaan peninggalan Nik Abdul Aziz Nik Mat berusia 27 tahun itu. Kalau pun ada kajian secara teori mengenai sikap pengundi di Kelantan terhadap Pas sekiranya parti itu bermaufakat dengan Umno. Kajian itu menunjukkan rakyat sedia untuk menolak Pas kerana tidak suka kepada Umno.
Dapatan kajian-kajian berdasarkan teori itu menunjukkan Pas akan kalah kerana kerjasama Pas dengan Umno menyebabkan 60% rakyat Kelantan sedia menolak Pas. Ini bermakna peratusan itu memberi isyarat mereka sedia menyokongkan sekiranya Pas sedia bergabung dengan mana-mana gabungan.Ada dua komponen sahaja pilihan yang ada untuk Pas memastikan status quonya di Kelantan kekal, bersama BN atau PH. Gagasan Sejahtera yang dipelupori Pas tidak mampu menyangini BN dan PH.
Tidak mungkin dengan PH
Dengan PH tampaknya Pas tidak mungkin bersama kecuali ada wahyu baru dari langit. Semisalnya imam besar parti itu di Terengganu didatangi mimpi yang dibawa oleh 40 malaikat agar menghulur tangan kepada bekas rakan yang kini membentuk PH dan menubuhkan Amanah.
Kalau mengikut kenyataan Ahmad Yakob, parti itu juga tetap bersendirian apabila beliau menegaskan Pas akan bertanding di semua kerusi di Kelantan termasuk kerusi yang sebelum ini diserahkan kepada PKR.
Kenyataan terbaru Ahmad itu dibuat selepas berlangsung peluncuran jentera pilihan raya PH peringkat parlimen Kubang Kerian, di Wisma Tok Guru yang dihadiri sama oleh pimpinan keempat-empat gabungan itu termasuk Abd Aziz Kadir pengerusi PKR Kelantan.
Orang ramai di Dikeko di Lakloh malam kelmarin. |
Kehadiran Aziz itu menyesalkan Pas dan sekaligus ia memadamkan segala "soksek soksek" sebelum ini yang menganggap Pas masih mengikat sayang dengan PKR dan PKR masih juga tergilakan Pas.
Kenyataan Ahmad itu bererti Pas sudah sedia untuk bercerai bukan sahaja jasad tetapi roh juga dengan PKR.
Pas bakal kehilangan kerajaan.
Pas bakal kehilangan kerajaan.
Secara ikhlas saya tidak nampak macam mana Pas boleh menang sekiranya parti itu berdegil untuk bersendirian. Begitu juga pendapat para penganliasa bebas lain baik amatur maupun profesional masing-masing menyatakan keyakinan Pas akan kecundang sehingga akan hilang kerajaan.
Kecualilah mereka yang “bebal akal” dan taksub gila kepada Pas sahaja, atau berasakan mereka kahsyaf tetap yakin Pas akan mampu mempertahankan kerajaan peninggalan Nik Aziz itu bahkan sampai berjaya menakluki Puterajaya?
Tidak terkecuali juga pandangan dari penganalisa yang melihat dengan sentimen dan menjadi propagandis Umno menyanyikan lagu tindakan Pas sebagai afdal dan boleh menang. Sebenarnya pendapat demikian adalah sokong membawa rebah kepada Pas.
Tidak terkecuali juga pandangan dari penganalisa yang melihat dengan sentimen dan menjadi propagandis Umno menyanyikan lagu tindakan Pas sebagai afdal dan boleh menang. Sebenarnya pendapat demikian adalah sokong membawa rebah kepada Pas.
Pas dalam bahaya.
Apa yang hendak ditarik perhatian disini kepada Pas ialah mengenai parti itu dalam bahaya apabila rakyat semakin hari semakin menyedari mengenai kelemahan-kelemahan yang berlaku serta beberapa penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.
Apa-apa yang sebelum ini ditutup dengan jubah dan serban kini sudah terdedah. Ini semua adalah hasil kerja siang malam PH menerusi aktiviti penerangannya.
Salah satu program cukup berkesan ialah apa yang saya istilahkan DIKEKO, dialog dikedai-kedai kopi atau pusat-pusat kuminiti lain seperti pasar, kedai gunting dan sebagainya.
Acara ini walaupun santai tetapi ia berkesan menanamkan rasa benci kepada kerenah kalangan pemimpin Pas yang fiil perangainya jauh berbeza di zaman arwah Tokguru masih ada. Dakyah mengatakan Pas kini sudah berubah tidak serupa dahulu sangat mengesankan kepada orang ramai.
Acara Dikeko ini memberi peluang kepada orang ramai berintraksi langsung dengan pemimpin. Rakyat bersemuka minta penjelasan berhubung apa sahaja isu dibangkitkan. Mereka bertanya segala permasalahan yang berlegar di hadapan mereka secara direct dengan penceramahnya khasnya Husam Musa yang menjadi host utama. Mereka melepaskan geram dan stress menerusi acara ini di mana segala gelagat dan "kemurihan" itu menjadi perhatian yang dapat mempengaruhi pula orang lain.