Judul : Dr Mahathir mesti minta maaf atas Operasi Lalang 1987, kata bekas tahanan
link : Dr Mahathir mesti minta maaf atas Operasi Lalang 1987, kata bekas tahanan
Dr Mahathir mesti minta maaf atas Operasi Lalang 1987, kata bekas tahanan
Demikianlah Artikel Dr Mahathir mesti minta maaf atas Operasi Lalang 1987, kata bekas tahanan
Sekianlah artikel Dr Mahathir mesti minta maaf atas Operasi Lalang 1987, kata bekas tahanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir mesti minta maaf atas Operasi Lalang 1987, kata bekas tahanan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/dr-mahathir-mesti-minta-maaf-atas.html
Penasihat Suaram, Kua Kia Soong berkata Dr Mahathir tidak boleh mengelak daripada bertanggungjawab kerana beliau adalah menteri dalam negeri pada masa itu.
"Sekiranya ada mana-mana ahli Pakatan Harapan yang bersetuju dengan Dr Mahathir, menteri dalam negeri dan perdana menteri pada 1987, bahawa beliau tidak bertanggungjawab atas Operasi Lalang, silakan tampil ke depan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kua adalah antara 106 tahanan yang ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam operasi pada 27 Oktober 1987. Beliau merakamkan episod penahanannya itu dalam bukunya, 445 Days under Operation Lalang.
Dr Mahathir dijadual bersemuka dengan sebahagian bekas tahanan Operasi Lalang dalam sebuah forum di George Town, Pulau Pinang pada 28 Oktober ini.
Forum anjuran Institut Pulau Pinang itu akan menampilkan bekas tahanan, ahli keluarga mereka dan Dr Mahathir.
Menurut Kua, sejak bersara dari jawatan perdana menteri, Dr Mahathir cuba mengelak daripada tanggungjawab itu dengan mengatakan Operasi Lalang dilakukan oleh polis.
Usaha "membersihkan rekodnya" itu jadi makin mendesak sejak beliau jadi pembangkang, katanya.
Pada kemuncak kritikannya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, Dr Mahathir keluar Umno dan mengasaskan parti baru, Bersatu, yang kemudian bergabung dengan parti-parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan. Beliau kini mempengerusikan pakatan itu.
Tetapi, kata Kua, dalam usaha mengaburi mata mereka yang mungkin tidak mengingati episod penangkapan besar-besaran ahli politik, aktivis dan ahli akademik itu, Dr Mahathir sendiri terlupa bahawa beliaulah yang menandatangani perintah penahanan di bawah ISA itu 30 tahun lalu.
Ketua polis negara tidak menandatangani perintah tahanan tersebut tetapi Dr Mahathir sebagai menteri dalam negeri.
"Semua ahli parlimen sepatutnya tahu fakta asas ini," katanya.
Penafian Dr Mahathir itu, tambah Kua, bukan mengejutkan kerana Operasi Lalang adalah penyalahgunaan kuasa paling buruk sepanjang 23 tahun pentadbiran bekas perdana menteri itu, dalam usaha terdesak untuk kekal berkuasa.
Kua merujuk kepada krisis dalaman Umno ketika Dr Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden Umno pada 1987.
Kua mengingatkan tentang bagaimana isu-isu "sensitif" dimainkan ketika itu, yang katanya, bertujuan mencetuskan suasana tegang di dalam negara.
Read More / Baca Lagi >>