Felda rugi RM38 juta jika jual pangsapuri London

Felda rugi RM38 juta jika jual pangsapuri London - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda rugi RM38 juta jika jual pangsapuri London, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda rugi RM38 juta jika jual pangsapuri London
link : Felda rugi RM38 juta jika jual pangsapuri London

Baca juga


Felda rugi RM38 juta jika jual pangsapuri London



Demikianlah Artikel Felda rugi RM38 juta jika jual pangsapuri London

Sekianlah artikel Felda rugi RM38 juta jika jual pangsapuri London kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda rugi RM38 juta jika jual pangsapuri London dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/felda-rugi-rm38-juta-jika-jual.html
Felda bakal mengalami kerugian RM38 juta memandangkan perkhidmatan pangsapuri servis itu tidak menjana keuntungan sejak 2014.
Gland-Plaza-di-LondonKUALA LUMPUR: Rafizi Ramli hari ini mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal mengalami kerugian puluhan juta ringgit jika menjual pangsapuri servis Gland Plaza di London.
Ini kerana perkhidmatan pangsapuri servis itu tidak menjana keuntungan sejak 2014, kata naib presiden PKR itu.
“Oleh itu, mengambil kira kerugian dari operasi dan kos faedah, pada harga pasaran yang dijangkakan RM680 juta, Felda akan kerugian sekitar RM38 juta apabila servis apartment Grand Plaza dijual kelak,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat Invoke di ibu negara.
Rafizi menambah operasi Grand Plaza hanya menunjukkan keuntungan ketika 2013, iaitu pada tahun pertama hartanah itu dibeli Felda, dan sejak 2014 berterusan mengalami kerugian.
Rafizi berkata demikian dengan merujuk kepada rekod penyata kewangan syarikat pemilik pangsapuri itu, FIC UK Properties Sdn Bhd, milik Felda. Beliau mendakwa rekod menunjukkan Felda mengalami kerugian RM9 juta pada 2014 dan RM16.7 juta pada 2015.
Menurut Rafizi, Grand Plaza tidak mampu menjana keuntungan walaupun mengenakan kadar sewa lebih rendah berbanding harga pasaran di London, iaitu £133 (RM739.70) berbanding £200 (RM1112.33).
Tambahnya, kadar bilik yang disewakan juga lebih rendah berbanding pencapaian pasaran, iaitu 83.5% berbanding 85%.
“Maka perolehan dari setiap bilik yang boleh disewakan juga lebih rendah dari prestasi pasaran iaitu hanya £111 (RM617.34) berbanding £180 (RM1001.10),” kata Rafizi.
Sehubungan itu, Rafizi menjangkakan Grand Plaza akan terus mengalami kerugian RM11 juta setahun pada 2016 dan 2017.
“Sejak membeli servis apartment Grand Plaza pada 2013, kerugian terkumpul dari operasi sahaja yang ditanggung Felda dijangkakan mencecah RM45 juta,” katanya.
Oleh itu, Rafizi menyifatkan dakwaan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad penjualan itu tidak merugikan sebagai “bongkak”.
“Tidak menunjukkan kepimpinan Felda memahami kepayahan yang akan dialami rakyat, termasuk warga peneroka Felda keseluruhannya jika kedudukan kewangan Felda terus meruncing,” kata ahli Parlimen Pandan itu.
Menurut beliau, pembelian Grand Plaza bernilai RM538 juta itu dilakukan tanpa menggunakan pembiayaan yang distrukturkan secara rasmi sebaliknya didahulukan Felda kepada FIC UK Properties Sdn Bhd.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: