JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA?

JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA? - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA?
link : JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA?

Baca juga


JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA?

Apabila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Armada Bersatu mendedahkan beliau cuba disogok sebanyak RM5 juta untuk meninggalkan perjuangan parti itu, sekurang-kurangnya dua persoalan segera melintas di fikiran kebanyakan daripada kita.

Pertama, bagaimana dengan pemimpin-pemimpin lain yang keluar Bersatu sebelum ini seperti Kamarulazman Habibur Rahman, Anina Saadudin dan Hamidah Osman?

Adakah mereka turut mendapat apa-apa, diberi dengan angka yang sama RM5 juta, lebih tinggi  lagi jumlahnya atau lebih rendah daripada yang ditawarkan kepada Syed Saddiq?

Sehingga ini bekas Naib Presiden Bersatu, Hamidah Osman dan salah seorang pengasas Bersatu, Kamarulazman telah pun tampil menafikan mereka dibayar, cuma Anina belum lagi muncul memberikan reaksinya.

Tetapi, berapa ramaikah yang percaya mereka tidak ditawarkan apa-apa kerana jika Syed Saddiq yang berusia 25 tahun dan berjawatan Ketua Armada pun dijanjikan RM5 juta, adakah yang berjawatan Naib Presiden, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan bertaraf pengasas parti hanya percuma saja?

Tambahan lagi zaman ini


Demikianlah Artikel JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA?

Sekianlah artikel JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/jika-syed-saddiq-ditawar-rm5-juta.html
adalah zaman GST dan semua barang sudah naik harga, maka hukum akalnya tentu saja tiada yang percuma. 

Kata mereka yang arif pula, beralih restoran pun kena order makanan lain, inikan pula beralih kiblat politik.

Jika jumlah yang mereka terima adalah sama atau lebih tinggi berbanding tawaran yang diterima Syed Saddiq, itu memang tidak menghairankan kerana pihak yang menawarkan itu memilikinya segala-galanya - kuasa, wang, projek kerajaan dan sebagainya.

Demi mempertahankan kuasa dan bakal kehilangan segala-galanya, tentulah tidak mustahil mereka sanggup berbuat apa saja.

Tetapi, bagaimana jika jumlah yang mereka terima adalah lebih kecil atau tidak sampai RM5 juta?

Tidakkah mereka terasa seperti dihina, sedangkan Syed Saddiq yang baru berusia 25 tahun pun sudah bernilai RM5 juta, kenapa harga mereka lebih rendah daripada itu?

Apa pun, kiranya benar ketiga-tiga bekas pemimpin Bersatu itu tidak mendapat apa-apa dan keputusan mereka meninggalkan Bersatu bermakna mereka sedia menerima kembali kepimpinan Najib yang tidak berubah itu dengan seikhlasnya, barangkali merekalah antara "keramat hidup" yang masih tinggal di bumi Malaysia ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :