Judul : Kami dihina, kata peserta remaja persembahan Sukan SEA
link : Kami dihina, kata peserta remaja persembahan Sukan SEA
Kami dihina, kata peserta remaja persembahan Sukan SEA
Demikianlah Artikel Kami dihina, kata peserta remaja persembahan Sukan SEA
Sekianlah artikel Kami dihina, kata peserta remaja persembahan Sukan SEA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kami dihina, kata peserta remaja persembahan Sukan SEA dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/kami-dihina-kata-peserta-remaja.html
Bukan sahaja artis terkenal mengadu mengenai bayaran yang tidak sampai, malah peserta tarian di acara gilang-gemilang Sukan SEA juga kecewa.
PETALING JAYA: Selepas keluhan beberapa penyanyi terkenal mengenai bayaran yang masih belum diterima untuk persembahan di acara penutup Sukan SEA Ogos lalu, beberapa peserta lain turut mengadu mengenai layanan buruk yang diberikan kepada mereka.
Salah seorang daripada ratusan penari yang menyertai pertunjukan di acara pembukaan rasmi Sukan SEA, Nur Aien Md Sahar, berkata bukan sahaja bayaran tidak diterima, tetapi ramai yang menerima layanan buruk daripada syarikat yang diupah penganjur untuk mengendalikan persembahan mereka.
“Mereka menjanjikan bayaran lebih tinggi tetapi sehingga kini, tak dengar apa-apa daripada mereka. Orang bertanggungjawab juga sudah meninggalkan grup WhatsApp sebab kami asyik tanyakan bayaran bila nak dibuat.”
Menurutnya, penari juga dihina ketika menjalani latihan.
“Kami hanya dimaki macam-macam. Kami juga dihina dengan panggilan ‘babi’ ketika menjalankan latihan. Itulah gelaran yang diberi kepada kami,” kata gadis berumur 17 tahun itu kepada FMT.
Aien berkata peserta persembahan rela menggunakan duit sendiri kerana yakin bayaran yang dijanjikan akan tiba, di samping bimbang RM50 akan dipotong jika tidak hadir sesi latihan.
“Kami guna duit sendiri untuk kos pengangkutan ke tempat latihan, LRT, makanan dan pakaian seragam juga, tetapi kami tidak kisah kerana dijanjikan bayaran yang tinggi.”
Aien mendakwa syarikat itu masih berhutang RM500 kepada peserta tarian pada acara pembukaan, tetapi menambah jumlah itu mungkin lebih besar bagi mereka yang terlibat dalam upacara penutup.
Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-29 (KL2017), yang diadakan dari 19 hingga 30 Ogos lalu. Majlis pembukaan dan penutupan disaksikan kira-kira 100,000 orang yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menurut Aien, ramai peserta seperti dalam pertunjukan silat, tarian tradisional dan Orang Asli belum menerima bayaran.
Seorang lagi peserta yang enggan namanya disebut kerana bimbang dimangsakan, berkata dia tidak lagi berhubung dengan syarikat yang perlu membayarnya, tetapi berharap bayaran itu akan dilangsaikan.
Bercakap kepada FMT, lelaki itu berkata ketika membangkitkan isu bayaran, syarikat itu menyerangnya dengan menggelarnya “kemaruk duit”.
“Bayaran lebih kurang RM1,000 tapi pihak sana diam saja. Pakaian seragam ada disediakan tapi tak semua dapat. Ada yang kena bawa sendiri,” katanya.
Malah, dia mendakwa bekalan makanan yang sepatutnya diberikan percuma, kemudian dikenakan bayaran.
“Ketika raptai, ada antara kami terpaksa beli pakaian seragam menggunakan wang sendiri.”
Ketika dihubungi FMT, syarikat terbabit enggan mengulas.
Read More / Baca Lagi >>