Judul : KESIANNN...PEMIMPIN UMNO TAK FAHAM BAHASA SINDIRAN RUPANYA!!
link : KESIANNN...PEMIMPIN UMNO TAK FAHAM BAHASA SINDIRAN RUPANYA!!
KESIANNN...PEMIMPIN UMNO TAK FAHAM BAHASA SINDIRAN RUPANYA!!
Demikianlah Artikel KESIANNN...PEMIMPIN UMNO TAK FAHAM BAHASA SINDIRAN RUPANYA!!
Sekianlah artikel KESIANNN...PEMIMPIN UMNO TAK FAHAM BAHASA SINDIRAN RUPANYA!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KESIANNN...PEMIMPIN UMNO TAK FAHAM BAHASA SINDIRAN RUPANYA!! dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/kesiannnpemimpin-umno-tak-faham-bahasa.html
Kenyataan itu, dakwa mereka adalah bukti bahawa Kit Siang memang akan diletakkan sebagai Perdana Menteri daripada kaum Cina yang pertama bagi negara selepas pilihanraya akan datang ini.
Zaid yang kini merupakan ahli DAP dilaporkan berkata, memandangkan kita selalu mendengar perkara itu dimainkan oleh UMNO dan memberi gambaran mereka begitu "menginginkannya", ia mungkin suatu idea yang baik.
"Idea yang bernas, Kit Siang mampu jadi lebih baik berbanding sesiapa yang ada dalam UMNO yang telah terbukti mengkhianati kepercayaan rakyat, kata Zaid.
Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa lantas berkata, kenyataan Zaid itu mengesahkan DAP benar-benar berhasrat untuk mengisi jawatan Perdana Menteri selepas PRU 14 akan datang.
"Ia adalah suatu "endorsment"," kata beliau.
Ahli MT UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob pula berkata, kenyataan Zaid itu mendedahkan agenda sebenar DAP memang untuk meletakkan Kit Siang sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar orang Melayu dan Bumiputera segera membuka mata mengenainya.
Adoiii, kesiannya...pemimpin UMNO ini tak faham bahasa sindiran rupanya!!
Jika dibaca sekali lalu saja pun, rasanya budak sekolah Tingkatan 3 pun faham bahawa kenyataan Zaid itu adalah bahasa sindiran kepada pemimpin UMNO yang selama ini telah banyak mengkhianati rakyat berbanding Kit Siang yang terbukti tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa kesalahan atau skandal sepanjang penglibatannya dalam politik.
Lebih dari itu, Annuar dan Ismal Sabri juga tidak meneliti kenyataan Zaid yang berikutnya yang berbunyi, "mereka tak tahu apa yang harus dilakukan dan siapa yang harus diserang...Tun Mahathir atau Kit Siang."
"Jadi, ini adalah cara mereka untuk mengalihkan perhatian," tambah Zaid lagi.
Agaknya, kerana tidak dapat membezakan angara bahasa sindiran dengan bahasa biasa itulah, apabila berkuasa saja pemimpin UMNO juga tidak dapat membezakan antara wang rakyat dengan wang sendiri dan antara rasuah dengan derma atau hadiah.
Lantaran ketidakfahaman dan gagal membuat perbezaan itulah, Tunku Mahkota Johor berkata, lebih baiklah akhbar tersebut ditutup saja daripada terus beroperasi.
Maka, oleh kerana pemimpin UMNO juga berperangai sama seperti Utusan dan Kosmo, jalan terbaiknya ialah "lebih baik tutup saja" UMNO selepas PRU 14 akan datang ini.
Tanpa UMNO dan tanpa Utusan, semua kita akan lebih aman tenteram.
Read More / Baca Lagi >>