Judul : Kirikah gerakan kiri di Malaysia?
link : Kirikah gerakan kiri di Malaysia?
Kirikah gerakan kiri di Malaysia?
Demikianlah Artikel Kirikah gerakan kiri di Malaysia?
Sekianlah artikel Kirikah gerakan kiri di Malaysia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kirikah gerakan kiri di Malaysia? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/kirikah-gerakan-kiri-di-malaysia.html
PEMERGIAN Kassim Ahmad buat selama-lamanya Selasa lalu (10 Oktober 2017) dilihat sebagai hilangnya seorang intelek, sasterawan dan pencetus kontroversi Quran dan hadis. Dalam pada itu, masih ramai yang kabur tentang Kassim sebagai seorang sosialis dan pemimpin parti kiri.
Ketiadaan beliau membuka ruang untuk kembali melihat sejarah gerakan kiri di Malaysia. Bagi mereka yang menganuti politik kiri, mungkin tajuk tulisan ini seperti menghiris hati. Namun, dengan jiwa yang tenang dan sedikit kesabaran, elok dijenguk apa yang tersurat dan tersirat itu.
Politik perang dingin
Selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada 1945 setelah menjajah hampir semua wilayah Asia Tenggara, British kembali ke jajahannya di Malaya, Singapura, Sabah (Borneo Utara), Sarawak, Brunei dan Burma.
Walaupun penjajah Barat bersaing sesama sendiri, mereka bersatu hati apabila berdepan dengan ancaman gerakan kemerdekaan Asia selepas perang tersebut. Belanda kembali ke Indonesia. Portugis pula balik ke Timur Timor. Perancis kembali ke Vietnam, Laos dan Kemboja. Amerika Syarikat pula bertandang semula ke Filipina.
Pasca Perang Dunia Kedua melahirkan dua kuasa besar baru – Amerika Syarikat dan Soviet Union – yang memisahkan dunia kepada blok “bebas/kapitalis” dan “sosialis/komunis”. Pengintipan, pertumpahan darah dan pelbagai krisis berlaku di seluruh dunia dalam era ini yang digelar Perang Dingin (1945-90).
Komunisme di Asia Tenggara
British selaku rakan karib Amerika Syarikat bimbang dengan pengaruh Soviet Union dan sekutu awalnya China di rantau ini. Apa sahaja yang menentang Barat terus dicop komunis walaupun penentang tersebut tidak ada kena-mengena dengan komunisme.
Atas geopolitik inilah berlaku rampasan kuasa tentera di Indonesia yang didalangi kuasa Barat termasuk agensi perisik Amerika CIA telah melumpuhkan kuasa Presiden Sukarno. Ia dituruti dengan penyembelihan sesiapa sahaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan Partai Komunis Indonesia yang sebelum itu wujud sebagai wadah yang sah. Lebih sejuta orang awam menjadi mangsa pembunuhan tersebut.
Atas geopolitik yang sama, Amerika Syarikat dengan alasan mahu menyekat kemaraan komunisme, telah mempertahankan regim korup Vietnam Selatan. Ia campurtangan untuk melawan pemimpin komunis Ho Chi Minh yang mahu menyatukan negaranya setelah berjaya menghalau penjajah Perancis di Vietnam Utara pada 1954. Selama satu dekad Perang Vietnam meletus dengan kematian kira-kira dua juta orang awam. Vietnam berjaya disatukan di bawah regim komunis pada 1975.
Pada tahun itu juga, malapetaka politik melanda Indo-China. Akibat daripada pengeboman sulit Amerika terhadap Kemboja yang didakwa menjadi kubu gerila Vietnam Utara beberapa tahun sebelumnya, ia melahirkan gerakan komunis Kemboja yang digelar Khmer Merah atau Khmer Rouge.
Apabila Khmer Rouge berkuasa pada tahun tersebut, ia melakukan kekejaman atas tafsiran ekstrem ideologi kiri yang mengakibatkan kematian sejuta rakyat sendiri. Tidak salah jika dikatakan eksperimen Khmer Rouge itu sama dengan keadaan ISIS hari ini yang mahu melahirkan negara Islam yang “sempurna” mengikut versi mereka tanpa mempedulikan nilai nyawa manusia.
Kemelut politik Malaya
Sekembalinya British ke Malaya pada 1945, antara langkah awalnya ialah menolak cadangan golongan yang dianggap progresif, iaitu gabungan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang mewakili orang Melayu dan AMCJA (All Malaya Council of Joint Action) bagi pihak kaum bukan-Melayu. Yang penting di sini adalah konotasi “progresif” yang membawa maksud kirim sebagaimana yang difahami hari ini.
Cadangan PUTERA-AMCJA dalam Perlembagaan Rakyat pada 1947 bertujuan menolak cadangan balas British untuk Perlembagaan Tanah Melayu (Malaya) sebagai ganti kepada Malayan Union yang tidak diterima oleh semua pihak. Yang bersifat progresif, malah radikal dalam cadangan itu adalah kerakyatan sama rata (equal citizenship) untuk semua kaum.
Walaupun ada mitos tentang kehebatan Perlembagaan Rakyat, sebenarnya cadangan-cadangan lain tidak banyak berbeza dengan tuntutan UMNO seperti kedudukan istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, walaupun ada yang lebih radikal seperti kewarganegaraan semua kaum dinamakan Melayu.
Jika mengikut kayu ukuran politik hari ini, Perlembagaan Rakyat mudah diterima kecuali hak saksama dalam soal kerakyatan (walaupun ditawarkan kedudukan istimewa). Maksudnya, soal kaum masih sesuatu yang “sensitif” pada hari ini.
Hakikat politik Malaysia
Ia mendedahkan satu hakikat politik, iaitu sukar bagi mana-mana kaum untuk duduk dalam sesebuah pertubuhan pelbagai kaum. Masing-masing lebih selesa dengan badan-badan siasah dan kebajikan kaum sendiri dengan bahasa sendiri.
Sama ada kiri atau kanan, hampir sama keselesaan mereka. Cuma di sebelah kanan seperti UMNO, MCA dan MIC, mereka terang-terangan mewakili kaum masing-masing. Bagi pihak kiri pula, walaupun membuka keahlian kepada semua kaum, dari segi amalannya, setiap organisasi mempunyai kaum majoriti masing-masing.
Contohnya di Malaya telah lahir Partai Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya. PRM dipimpin orang Melayu manakala Buruh pimpinan bukan-Melayu. Mereka bergabung dalam Socialist Front yang merupakan pakatan kiri bukan-komunis yang sah untuk bertanding dalam pilihanraya.
Read More / Baca Lagi >>