Judul : Mana penyelesaian kes liwat, dera kanak-kanak JKM, NGO tanya menteri
link : Mana penyelesaian kes liwat, dera kanak-kanak JKM, NGO tanya menteri
Mana penyelesaian kes liwat, dera kanak-kanak JKM, NGO tanya menteri
Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia mahu kementerian mendedahkan 'penyelesaian' kepada dakwaan isu liwat dan penderaan seksual kanak-kanak di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) mahu kementerian mendedahkan “penyelesaian” kepada dakwaan isu liwat dan penderaan seksual kanak-kanak di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Presiden Perbak Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini perlu menyatakan bagaimana mereka tegakkan keadilan untuk mangsa dan melindungi keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan JKM.
“Macam mana menteri kata kes ini sudah lama selesai sedangkan tindakan dibuat pada 2017 dengan hanya memindahkan kakitangan terbabit bukannya mengenakan hukuman berat,” katanya kepada FMT hari ini.
“Malah berdasarkan maklumat saya dapat pegawai yang melakukan liwat hanya dipindahkan ke pusat jagaan lain pada tahun 2017 dan pegawai yang meyumbat halia ke dalam kemaluan kanak-kanak tidak diambil tindakan sehingga beliau pencen.”
Beliau berkata kementerian perlu memberitahu orang ramai apakah tindakan yang sudah diambil, seperti yang diumumkan Menteri Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini.
Terdahulu Rohani berkata pihaknya sudah mengambil tindakan berhubung dakwaan kes liwat dan penderaan seksual membabitkan sebuah pusat jagaan kanak-kanak bawah JKM di Melaka.
“Saya telah membuat nota kabinet untuk menerangkannya, banyak perkara
Demikianlah Artikel Mana penyelesaian kes liwat, dera kanak-kanak JKM, NGO tanya menteri
Sekianlah artikel Mana penyelesaian kes liwat, dera kanak-kanak JKM, NGO tanya menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mana penyelesaian kes liwat, dera kanak-kanak JKM, NGO tanya menteri dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/mana-penyelesaian-kes-liwat-dera-kanak.html
sebenarnya sudah ditangani. Kita menambah baik juga apa (dakwaan) yang sebut-sebutkan dan banyak penambahbaikkan sejak 2012,” katanya pada sidang media.
FMT pada 29 September lalu melaporkan Khairul mendakwa terdapat bukti perbuatan liwat dan penderaan seksual itu.
Khairul juga mendakwa polis mahupun JKM tidak mengambil tindakan terhadap pelaku yang merupakan seorang warden berusia lebih 50 tahun walaupun beberapa laporan polis dibuat sejak 2009.
Khairul mengingatkan menteri bahawa pendedahan isu itu bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, cuma mahukan pembelaan untuk jagaan JKM dan hukuman setimpal kepada pelaku.
“Pihak kami tidak akan berhenti membangkitkan isu ini sehingga si pelaku dikenakan hukuman yang setimpal.”
Telan hakikat pahit
Beliau berkata demikian apabila Rohani meminta media untuk tidak menularkan video dari 2012 itu, yang merakamkan pengakuan seorang pelaku “kerana ini cerita lama ditularkan semula”.
“Orang tak tahu mereka ingat perkara baru…pegawai saya banyak ‘down’, saya kena naikkan semangat mereka,” kata Rohani.
Khairul berkata pihaknya tidak menyalahkan sepenuhnya pentadbiran Rohani, lebih-lebih lagi kerana banyak perubahan yang dibuat kepada anak-anak jagaan JKM sekarang.
Khairul menambah beliau sedia mendedahkan lagi bukti yang ada padanya untuk membantu menyelesaikan isu ini.
Read More / Baca Lagi >>