Manifesto BN ambil kira prestasi PAS di Kelantan

Manifesto BN ambil kira prestasi PAS di Kelantan - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Manifesto BN ambil kira prestasi PAS di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Manifesto BN ambil kira prestasi PAS di Kelantan
link : Manifesto BN ambil kira prestasi PAS di Kelantan

Baca juga


Manifesto BN ambil kira prestasi PAS di Kelantan

PRESTASI PAS selama 27 tahun mentadbir Kelantan adalah antara aspek yang akan diambil kira dalam penyediaan manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata penelitian itu melibatkan perkara yang belum dilaksanakan PAS sejak 1990 dan bukan sekadar merujuk rekod PAS pada PRU13.
"Asas kita ialah janji PAS yang tidak dicapai terutamanya melibatkan penyediaan kemudahan asas, peluang pekerjaan, masalah berkaitan anak muda, pertanian (projek ladang rakyat), bekalan air dan perumahan. Selain itu, kita juga akan mengambil kira janji-janji kita dalam manifesto BN pada PRU13.
"Ini perkara besar dan sudah pasti rakyat Kelantan ingin melihat apakah kemampuan kita, apakah yang kita boleh buat berbanding PAS," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Umno Kelantan hari ini.
Turut hadir timbalannya


Demikianlah Artikel Manifesto BN ambil kira prestasi PAS di Kelantan

Sekianlah artikel Manifesto BN ambil kira prestasi PAS di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Manifesto BN ambil kira prestasi PAS di Kelantan dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/manifesto-bn-ambil-kira-prestasi-pas-di.html
Ahmad Jazlan Yaakub, Setiausaha Umno negeri Hanafi Mamat, Bendahari Umno negeri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Ketua Penerangan Umno negeri Md Alwi Che Ahmad.
Beliau berkata Umno Kelantan menubuhkan jawatankuasa manifesto yang diketuai Ketua Umno Bahagian Bachok Awang Adek Hussin dan sedang melengkapkan draf yang akan dikemukakan kepada Presiden Umno Najib Razak dalam tempoh dua minggu lagi.
"Kita akan lakukan penambahbaikan manifesto untuk diselaraskan di peringkat nasional berpandukan garis panduan yang diedarkan agar menghasilkan manifesto yang realistik dan mampu dicapai," katanya.
Sementara itu, Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata antara 30 hingga 40 peratus muka baharu bakal diketengahkan sebagai calon BN di Kelantan pada PRU14.
Beliau berkata proses pemilihan calon tersebut memasuki saringan kedua hari ini sebelum tapisan terakhir yang akan dilakukan dalam tempoh sebulan lagi.
"Kita mengambil pendekatan mengemukakan antara tiga hingga empat nama bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jadi sudah tentu muka baharu itu ramai…kita akan pilih yang terbaik sebelum (senarai) diserahkan kepada presiden Umno,” katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :