Pendaftaran Harapan sengaja dilengahkan: Tun M

Pendaftaran Harapan sengaja dilengahkan: Tun M - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendaftaran Harapan sengaja dilengahkan: Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendaftaran Harapan sengaja dilengahkan: Tun M
link : Pendaftaran Harapan sengaja dilengahkan: Tun M

Baca juga


Pendaftaran Harapan sengaja dilengahkan: Tun M


ALOR SETAR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pihak sengaja melengahkan proses pendaftaran Harapan, selepas pihaknya mengemukakan permohonan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Katanya, sehingga kini masih tiada maklum balas walaupun sudah beberapa kali membuat pertanyaan bertulis.
“Sebelum ini ROS minta kita lakukan sedikit perubahan pada logo dan sebagainya, kita akur dan ikut kehendak mereka, tapi sampai sekarang senyap. Saya percaya ada pihak tertentu cuba lengahkan proses,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah Ke-2, di sini semalam.
Menurutnya, kemungkinan wujud sabotaj supaya Harapan tidak sempat didaftarkan menjelang PRU14.
“Nampak sangat ada pihak takut, sengaja mahu kalahkan kami supaya tidak  didaftarkan. Inilah ketakutan mereka yang tak berani berdepan dengan Pakatan Harapan pada PRU14,


Demikianlah Artikel Pendaftaran Harapan sengaja dilengahkan: Tun M

Sekianlah artikel Pendaftaran Harapan sengaja dilengahkan: Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendaftaran Harapan sengaja dilengahkan: Tun M dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/pendaftaran-harapan-sengaja-dilengahkan.html
jadi mereka lakukan pelbagai taktik sekat parti gabungan ini,” katanya.
Mahathir berkata, walaupun masih belum mengumumkan lambang yang akan digunakan pakatan dalam PRU14, namun ia bukan suatu masalah.
“Kita ada beberapa cara atasi masalah ini, tak perlu umum lagi strategi kita,” katanya.
Menurutnya, semua parti bawah Harapan mempunyai hubungan kerjasama erat, selain sudah melupakan ‘kisah silam’ antara parti, sebaik sahaja bergabung.
“Tidak wujud perbezaan ketara antara pimpinannya, kami miliki perjuangan sama. Yang penting perjuangan untuk jatuhkan kerajaan sedia ada. Buat masa ini, kita memiliki persefahaman tinggi dan bekerjasama rapat dalam semua perkara,” katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya Mahathir berkata, kesemua pemimpin utama parti yang sebelum ini diibaratkan musuh ketat, kini sudah merapatkan barisan untuk berlawan dengan musuh baharu.
“Kita mahukan perubahan lebih besar, lupakan kisah silam. Sebab itu kami sanggup ketepikan kisah lama dan bergabung, bukan mengutamakan prinsip parti masing-masing,” katanya.
Menurutnya, individu yang tidak tersenarai sebagai calon kelak harus ketepikan rasa tidak puas hati sekiranya mahu ke Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :