Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah

Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah
link : Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah

Baca juga


Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah



Demikianlah Artikel Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah

Sekianlah artikel Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/penerima-br1m-naik-29-juta-bukti-rakyat_30.html
Ketua pembangkang berkata adakah kerajaan pimpinan Najib Razak hanya menambah golongan miskin penerima BR1M.
apa-brimKUALA LUMPUR: Pertambahan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan dasar ekonomi kerajaan gagal mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh).
Dr Wan Azizah berkata, ukuran kejayaan program bantuan wang tunai sekali beri itu apabila penerima BR1M semakin menurun dan bukannya meningkat.
“Pekan dengan bangganya, mengumumkan seramai 7 juta penerima akan kekal menerima BR1M.
“Ini bererti, daripada seramai 18.35 juta warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas, 38% daripada mereka masih kekal berada dalam kategori berpendapatan rendah dan kekal dalam kepompong kemiskinan,” katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan).
Dr Wan Azizah berkata, bermula dengan seramai 4.1 juta penerima BR1M pada 2012, pentadbiran Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mengurangkan jumlah itu bahkan sebaliknya bertambah 2.9 juta penerima sejak 5 tahun lalu kepada 7 juta penerima.
Menurut ketua pembangkang, pertambahan itu menunjukkan peningkatan 70% golongan miskin penerima BR1M sejak program bantuan wang sekali beri itu diperkenalkan 5 tahun lalu.
“Adakah ini bererti kerajaan pimpinan Pekan melahirkan dan menambah golongan miskin penerima BRIM?” kata Wan Azizah, yang menambah keadaan itu membuktikan Najib gagal menganjak 7 juta rakyat daripada himpitan hidup berpendapatan rendah dan subsidi.
Wan Azizah berkata, kerajaan yang bertanggungjawab akan memikirkan dasar yang mampu membimbing kelompok ini keluar daripada kepompong kemiskinan, bukan sekadar memberi “ikan” tetapi juga memberi “kail”.
“Jikalau dikira secara terperinci kesan dan akibat kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi negara, saya rasa jumlah rakyat yang miskin akan meningkat,” kata ketua pembangkang.
“Boleh juga di katakan Pekan dan seluruh anggota Kabinet telah gagal memimpin dan mengurus tadbir negara dengan baik dan berkesan.”

Subscribe to receive free email updates: