PERBELANJAAN MISTERI RM80 JUTA PUNCA OPERASI GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS RUGI

PERBELANJAAN MISTERI RM80 JUTA PUNCA OPERASI GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS RUGI - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERBELANJAAN MISTERI RM80 JUTA PUNCA OPERASI GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS RUGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERBELANJAAN MISTERI RM80 JUTA PUNCA OPERASI GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS RUGI
link : PERBELANJAAN MISTERI RM80 JUTA PUNCA OPERASI GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS RUGI

Baca juga


PERBELANJAAN MISTERI RM80 JUTA PUNCA OPERASI GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS RUGI



Demikianlah Artikel PERBELANJAAN MISTERI RM80 JUTA PUNCA OPERASI GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS RUGI

Sekianlah artikel PERBELANJAAN MISTERI RM80 JUTA PUNCA OPERASI GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS RUGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERBELANJAAN MISTERI RM80 JUTA PUNCA OPERASI GRAND PLAZA SERVICED APARTMENTS RUGI dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/perbelanjaan-misteri-rm80-juta-punca.html

Felda masih lagi memberi sebarang maklum balas mengenai isu pemilikan 198 unit apartment di Grand Plaza Serviced Apartments di London yang saya timbulkan semalam. Saya mendedahkan bagaimana akibat kerugian yang berlaku sejak 2014 (setelah mengambil alih operasi mewah di London itu) akan menyebabkan Felda tetap rugi kalau pun ia berjaya menjual hartanah itu pada harga yang lebih tinggi selepas ini.

Untuk rekod pembaca, Felda telah melantik ejen-ejen hartanah untuk mencari pembeli kepada hartanah mewah miliknya itu.

Hari ini, saya akan mendedahkan pula bagaimana operasi yang sepatutnya memberi pulangan yang sangat lumayan tiba-tiba mengalami kerugian setiap tahun setelah Felda membelinya.

Saya mula mengesyaki bahawa ada sesuatu yang perlu diselidiki dengan lebih mendalam setelah membaca laporan penilaian keberuntungan Grand Plaza SA yang dibuat oleh CBRE (ejen hartanah yang dilantik Felda sendiri). Di dalam laporannya kepada bakal pembeli, CBRE menyatakan bahawa pemilik baru Grand Plaza SA ada peluang untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan yang menarik memandangkan prestasi kewangan Grand Plaza SA di bawah pemilik sekarang (Felda) menunjukkan prestasi di bawah keuntungan purata pasaran (rujuk mukasurat 28).

Sedangkan CBRE menjelaskan bahawa EBITDA (earnings before interest, tax, depreciation and amortisation) iaitu peratus keuntungan dari operasi berbanding pendapatan dari operasi adalah sekitar 50%.

EBITDA sebuah syarikat adalah ukuran sama ada operasi perniagaan yang dijalankan mendatangkan keuntungan atau tidak. EBITDA mengukur jumlah wang yang masuk berbanding jumlah wang yang dibayar untuk kos operasi, kecuali wang keluar masuk yang bersabit dengan pembiayaan, susut nilai (kerana bukan melibatkan wang keluar masuk, hanyalah satu angka perakaunan) dan cukai pendapatan.

Oleh itu, operasi Grand Plaza SA yang mencapai margin EBITDA 50% hanya rugi jika faedah ke atas pembiayaan yang diambil, cukai yang dibayar dan caj susut nilai melebihi dari 50% dari pendapatan.

Pendapatan dari hasil sewaan Grand Plaza SA boleh ditentukan dengan merujuk kepada penyata kewangan syarikat milik penuh Felda yang memiliki hartanah tersebut, iaitu FIC UK Properties Sdn Bhd. Saya sertakan rekod rumusan kewangan yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tahun-tahun 2013 ke 2015 yang menunjukkan pendapatan dari hasil sewaan Grand Plaza SA seperti berikut:

1. 2013 – RM15.7 juta
2. 2014 – RM50.9 juta
3. 2015 – RM53.5 juta

Maka, operasi Grand Plaza SA ini hanya akan rugi sekiranya jumlah (faedah + cukai + susut nilai) masing-masing melebihi RM8 juta (2014), RM25 juta (2015) dan RM27 juta (2016).

Dengan berpandukan penemuan mudah ini, saya tahu serta merta bahawa ada yang tidak kena kerana Felda tidak mengenakan apa-apa faedah ke atas FIC UK Properties Sdn Bhd seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangannya yang diaudit dari tahun 2013 ke 2015 yang telah saya semak.

Jumlah caj susut nilai biasa ke atas hartanah sebegini selalunya sekitar 2% setiap tahun dari nilai hartanah. FIC UK Properties Sdn Bhd merekodkan hartanah Grand Plaza SA sekitar RM540 juta berdasarkan rumusan kewangan dari SSM – oleh itu nilai caj susut nilai tahunan sepatutnya sekitar RM10 juta setahun sahaja.

Dari penyata kewangan Felda yang diaudit, (semak Nota ) saya dapat menentukan bahawa ada satu lagi anak syarikat Felda yang ditubuhkan di United Kingdom khusus untuk mengendalikan operasi perniagaan menyewakan 198 unit Grand Plaza Serviced Apartments ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: