Judul : SKANDAL MARA: EHH...EHH...SENANG-SENANG GITU SAJA NAK TUTUP KES MARA?
link : SKANDAL MARA: EHH...EHH...SENANG-SENANG GITU SAJA NAK TUTUP KES MARA?
SKANDAL MARA: EHH...EHH...SENANG-SENANG GITU SAJA NAK TUTUP KES MARA?
Ketika Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Mara beberapa minggu sebelum ini, terdampar harapan yang melebar di kalangan masyarakat bahawa beliau adalah pilihan yang mampu membawa sinar baru kepada agensi penting bagi pembangunan kaum Bumiputera itu.
Berbanding pendahulunya, Annuar Musa yang terpalit dengan isu penajaan oleh anak syarikat Mara kepada pasukan bolasepak Kelantan di ketika beliau ketika itu mengetuai Mara dan juga Kafa, kehadiran Awang Adek yang selama ini bersih imejnya, tentulah suatu pilihan yang dibuat dengan niat suci lagi murni.
Tambahan lagi, disebabkan kes tersebut jugalah Annuar digantung jawatannya sebagai Pengerusi Mara dan disiasat oleh SPRM dan Jawatankuasa Audit Dalaman Mara.
Bagaimanapun, hasil siasatan oleh SPRM dan Jawatankuasa Audit itu tidak pernah diumumkan sehingga hari ini.
Tidak dipastikan sama ada kesnya itu sudah ditutup, tiada kes penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan yang boleh dibuktikan atau didiamkan begitu saja berikutan kedudukan Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO yang sejak kebelakangan ini begitu gigih dan ketagih mempertahan dan mengampu Najib, sambil dalam masa yang sama tiada simpati dan mengenang budi dalam membelasah Tun Mahathir Mohamad.
Tetapi kenyataan terbaru Awang Adek berkaitan kes Annuar itu tentu saja meluka dan melumpuhkan harapan seluruh rakyat yang cintakan kebenaran dan mahu melihat undang-undang ditegakkan dengan sewajarnya.
Demikianlah Artikel SKANDAL MARA: EHH...EHH...SENANG-SENANG GITU SAJA NAK TUTUP KES MARA?
Sekianlah artikel SKANDAL MARA: EHH...EHH...SENANG-SENANG GITU SAJA NAK TUTUP KES MARA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SKANDAL MARA: EHH...EHH...SENANG-SENANG GITU SAJA NAK TUTUP KES MARA? dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/skandal-mara-ehhehhsenang-senang-gitu.html
style="font-family: ".SF UI Display"; line-height: normal; margin: 0px; min-height: 26px;">
Kata Awang Adek, dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang melibatkan Annuar adalah isu lama yang tidak perlu dibangkitkan lagi.
Kes itu sudah berlalu, usah dikenang lagi, kita pandang ke hadapan.
Cerita ini sudah habis, tak perlu bincang. Kita sebagai Pengerusi baharu, mesti ada modal baharu, bukan modal lama, katanya lagi.
Ehh..ehh...boleh begitu pulak?
Apakah ini bermakna Awang Adek mahu menutup kes Annuar itu?
Apa hasil siasatan Jawatankuasa Audit Dalaman Mara terhadap Annuar?
Kenapa tidak diumumkan dan apakah kenyataan Awang Adek itu memberi gambaran hasil siasatan itu akan jadi barang simpanan semata-mata?
Tidakkah beliau sedar kes Annuar itu adalah melibatkan anak syarikat Mara yang bermakna ia berkaitan wang rakyat yang harus diurus dengan jujur dan telus?
Agak-agak kiranya Annuar berada di pihak pembangkang sekarang, adakah kesnya akan didiam dan akan dijadikan cerita lama yang tidak mahu dikenang juga?
Read More / Baca Lagi >>