Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN

Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN - Hallo sahabat Kabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel artis, Artikel Berita, Artikel gatget, Artikel Police, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN
link : Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN

Baca juga


Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN



Demikianlah Artikel Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN

Sekianlah artikel Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/tuan-tanah-benar-mengapa-polis-halang.html

Tuan tanah benar, mengapa polis halang himpunan, soal KANUN
Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (AMANAH) kesal terhadap kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berkeras enggan membenarkan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.
Timbalan Pengerusi KANUN Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, menjadi sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya pihak tuan tanah sendiri membenarkan tetapi pihak luar seperti polis menghalang penganjuran pesta demokrasi tersebut.
“KANUN turut melahirkan rasa kecewa dengan “pendirian tidak berganjak” beliau pada ketika tuan punya tanah sendiri iaitu MBPJ yang bukan sahaja tidak membantah malah telah memberikan permit dan kemudahan-kemudahan lain bagi menjayakan perhimpunan aman tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Kelmarin, Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata majlis bandar raya itu tidak memerlukan kelulusan polis untuk membenarkan Pakatan Harapan (PH) menggunakan Padang Timur bagi perhimpunan itu.
Polis sebelum ini menyatakan masalah lalu lintas antara sebab mengapa mereka tidak akan meluluskan perhimpunan itu dan memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap penganjur.
“Berkenaan soal lalu-lintas, pihak penganjur telah memberikan jaminan untuk mengawal selia laluan trafik di sekitar padang tersebut melalui agensi-agensi keselamatan mereka malah mereka turut akan dibantu oleh pihak keselamatan MBPJ,” kata Wan Anwar yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional.
KANUN juga menegaskan, tentang isu-isu keselamatan pula, adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatan peserta-peserta himpunan selaras dengan peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8, Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) sepertimana yang diamalkan di negara-negara maju.
“Bagi KANUN, pihak penganjur telah mematuhi syarat-syarat yang diperuntukkan oleh Akta 736 tersebut seperti Seksyen 9 (notis pemberitahuan) dan Sekyen 11 (kebenaran daripada pemunya tempat perhimpunan),” katanya.
KANUN turut mengingatkan pihak keselamatan bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 tersebut juga tidak mensyaratkan keperluan untuk mendapatkan kebenaran atau permit daripada pihak polis dan halangan kepada sesuatu perhimpunan aman jelas sekali bertentangan dengan pendirian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).
Bagaimanapun, KANUN bersama-sama dengan pasukan guaman PH dan sukarelawan akan bersiap sedia dengan tawaran khidmat guaman sekiranya berlaku tangkapan sebelum, semasa dan selepas himpunan tersebut.
Himpunan yang akan bermula jam 4 petang ini akan tamat pada tengah malam.

Subscribe to receive free email updates: