Judul : Wan Ji ditahan kerana video hina ‘Tunku’, kata KPN
link : Wan Ji ditahan kerana video hina ‘Tunku’, kata KPN
Wan Ji ditahan kerana video hina ‘Tunku’, kata KPN
Demikianlah Artikel Wan Ji ditahan kerana video hina ‘Tunku’, kata KPN
Sekianlah artikel Wan Ji ditahan kerana video hina ‘Tunku’, kata KPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Ji ditahan kerana video hina ‘Tunku’, kata KPN dengan alamat link https://kabar-malay.blogspot.com/2017/10/wan-ji-ditahan-kerana-video-hina-tunku.html
Fuzi Harun berkata polis bertindak di atas laporan yang dibuat terhadap pegawai penerangan itu.
KUALA LUMPUR: Polis hari ini memberitahu Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin ditahan dalam siasatan ke atas video tular yang didakwa menghina “Tunku”.
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata polis bertindak di atas laporan yang dibuat terhadapnya. Wan Ji, yang baru 2 minggu dilantik sebagai pegawai penerangan ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan hari ini.
“Laporan sudah terima banyak hari dan hari ini kita dapat kesan dia kita tangkaplah,” kata Fuzi ketika ditemui di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara.
FMT belum dapat sahkan identiti “Tunku” yang dimaksudkan itu, dan video yang didakwa menghina itu.
Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang kini turut ditahan di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.
Beliau dtahan sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Wan Ji yang juga ketua exco agama Pemuda PKR dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.